≡ Menu

Ambil Ijazah Sambil Berkerja, Abang Polis buktikan tidak mustahil

Saya Rusli Bin Adam salah seorang alumni OUM kelayakan tertinggi saya ialah Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) namun tidak memenuhi kelayakan kemasukan kerana ada subjek SPM tidak memenuhi syaratnya. Dengan menggunakan pengalaman kerja selama 10 tahun ini yang juga dikenali sebagai APEL (dulu dikenali sebagai OPEN ENTRY), saya mendaftar belajar di Open University Malaysia (OUM).

Saya telah buat kajian dan soal selidik mana pusat pengajian yang paling sesuai untuk saya sambung belajar memandangkan kerjaya sebagai seorang pegawai polis. Dengan dorongan rakan-rakan sekerja yang merupakan pelajar OUM ketika itu, ia memberikan kekuatan dan inspirasi kepada saya untuk memilih OUM. Bachelor In Management (BIM) yang menjadi pilihan hati saya kerana ianya berguna dalam bidang kerjaya saya.

Di OUM Sandakan, persekitaran pembelajaran di sana sangat membantu saya. Semua staff OUM Sandakan sangat mesra dengan pelajarnya. Sistem pembelajarannya juga tidak mengganggu masa kerja kerana kuliah diadakan pada hari cuti umum saja. Tutor-tutor yang memberi kuliah juga dipilih dari kalangan yang terbaik dan mempunyai pengalaman terhadap sabjek yang diajar.

Tutor-tutor juga banyak membantu dan sentiasa memberi penerangan yang jelas serta mudah dihubungi bila-bila masa bila perlu. Selain itu, OUM juga mempunyai kemudahan fasiliti yang terbaik untuk belajar. Kelas yang selesa dan amat memuaskan, berhawa dingin dengan fasiliti yang sesuai dan yang paling penting ianya memberi ketenangan, aman dan damai untuk belajar. Pendek kata ianya amat sesuai untuk kepada sesiapa saja yang hendak belajar.

Pada 14.12.2013, saya telah hadir Konvokesyen OUM Yang Ke-15. Itulah puncak kegembiraan dalam hidup saya sepanjang bergelar pelajar. Hasil jerih perih saya, akhirnya dibalas dengan scroll yang sentiasa dinantikan oleh semua pelajar. Disitu saya nampak sinar kegembiraan disetiap wajah pelajar yang hadir. Semua nampak teruja untuk menerima scroll masing-masing. Tidak dapat digambarkan perasaan gembira pada waktu itu. Terpancar juga kegembiraan di wajah semua hadirin yang hadir menemani termasuklah isteriku. Syukur padamu Ya Allah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Selepas saya bergelar graduasi, banyak ilmu-ilmu yang saya belajar diimplimentasikan dalam kerjaya saya terutama sekali pengurusan berkaitan dengan sumber manusia. Bukan itu saja, banyak lagi ilmu-ilmu yang saya belajar digunakan dalam kehidupan seharian. Bergelar seorang graduat telah memberi saya keyakinan yang tinggi untuk menjalani kehidupan sebagai penjawat awam.

BACA:  Gaji RM2,500 Tapi Boleh Simpan Sampai RM750 Sebulan! Caranya Guna Formula Ini

Pendek kata jika kita berurusan dengan orang awam, kita tiada masalah untuk berkomunikasi dengan lebih yakin dengan mereka. Saya juga dijadikan contoh terbaik oleh ketua jabatan kepada kakitangan yang lain supaya mengikut jejak langkah saya yang berjaya menyambung pelajaran meskipun sibuk dengan urusan kerja seharian.

Kepada semua pembaca seluruh rakyat Malaysia, tuntutlah ilmu walau dimanapun berada kerana tanpa ilmu hidup kita ibarat pelita tanpa cahaya. Bagi yang ingin menyambung pelajaran khasnya yang sedang bekerja, OUM adalah pilihan yang tepat dan terbaik. Masa tidak akan menunggu kita, sebaliknya kitalah yang mesti mengejar masa itu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel