≡ Menu

Amaran KKM Tentang Produk Makanan Merbahaya Kesihatan

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman ingin mengeluar amaran KKM tentang penjualan produk makanan yang didapati membahaya kesihatan.

Nama produk:

1. ASAM CELAGI SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan)
2. ASAM MANGGA SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan)
3. NATURAL DRIED SEAWEED mengandungi Kadmium (Perak)

Rujuk Gambar dan maklumat produk disertakan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Produk ini telah diambil sampel dan analisa makmal mendapati mengandungi *siklamat* sejenis pemanis tanpa zat dan *Kadmium* yang boleh beri kesan kepada kesihatan.

Siasatan pihak KKM mendapati maklumat pengeluar produk ini adalah PALSU. Orang awam yang mengesan produk ini dijual di pasaran dipohon tidak membeli dan perlu memaklumkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman di talian 09-8504243 bagi tujuan rampasan dan pelupusan.

Mana-mana orang yang menjual atau mengedar produk ini adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 13(B)(2) Akta Makanan 1983.. Sabit kesalahan boleh di denda RM 20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Harap maklum. Terima kasih.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Petua Penting Dalam Meningkatkan Kehamilan Secara Moden & Tradisional Yang Mungkin Membantu Anda Mendapatkan Zuriat.