≡ Menu

Amalkan Doa Ini Untuk Orang Tua Yang Sudah Meninggal Dunia Sebagai Bekalan Pahala Mereka di Alam Barzakh

Sahabat yang dirahmati Allah SWT.. Ibu bapa adalah orang yang paling berjasa kepada anak-anaknya. Bermula daripada kesusahan ibunya mengandung selama sekitar 9 bulan diikuti dengan kesusahan melahirkan anak-anak dan menyusukan dan seterusnya membesarkan mereka.

Seorang bapa pula bersusah payah membanting tulang mencari rezeki untuk menampung keperluan keluarga yang tercinta. Tanpa pengorbanan kedua orang tua kita, belum tentu kita berada dimana kita berada sekarang.

Apabila ibu atau bapa kita sudah meninggal dunia atau kedua-duanya sudah kembali kerahmatullah, sebagai anak apakah hadiah dan bantuan terbaik yang dapat kita berikan tanda kita kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa kita? Sudah tentu doa daripada anak yang soleh dan solehah menjadi bekalan yang sangat berharga untuk kedua arwah ibu bapa kita.

Oleh kerana itu, jangan sesekali lupa untuk doa dan sedekahkan kepada mereka berdua. Doa seorang anak soleh kepada arwah bapanya adalah amalan yang dapat membantu dan boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh.

Berikut adalah doa untuk dibaca dan diamalkan selalu oleh mereka yang bapanya telah meninggal dunia sebagai amalan harian.

Semoga bermanfaat untuk semua.

 

Sumber: kalamindah.com

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Doa Mohon Allah SWT Tetapkan Hidayah Dan Taufik-Nya Kepada Kita