≡ Menu

Jangan Cepat-cepat Halalkan Hutang Orang Terhadap Kita..Makin Lama Tangguh, Makin Banyaklah Pahala Kita

Hutang oh hutang!!! Dari kawan jadi lawan. Masa meminjam muka sedih-sedih minta dikasihani. Namun apabila tiba masa yang sepatutnya dibayar, bayang pun tak nampak. Siapa yang pernah alami situasi seperti ini?. Itu adalah sesuatu perkara yang lumrah dalam kehidupan. Mesti ada yang bersikaf kurang sesonoh seperti itu.

Bagaimana pula dengan orang yang bagi pinjam wang? apakah yang harus dibuat?

Jangan halalkan terus hutang tersebut, kerana di akhirat kelak orang yang berhutang dengan kita akan menjadi saham kita. Mereka ini akan mencari kita dan menanggung dosa-dosa kita.

Hal ini khusus kepada mereka yang memang sengaja tidak mahu membayar hutang kita. Sekiranya, kita memang pasti pahala kita banyak dan akan masuk syurga terpulang kepada kita hendak menghalalkan hutang-hutang tersebut. Jika tidak, mereka yang berhutang dengan kitalah merupakan saham kita di akhirat. Hendak maafkan kesilapan mereka, tidak mengapa tetapi jangan sekali-kali halalkan hutang.

“Kerana hutang berkaitan dengan hak manusia, maka ia tidak boleh ditebus dengan meminta maaf, taubat atau pun istighfar. Ia juga tidak boleh ditebus dengan solat ataupun haji. Hutang hanya boleh dibayar sama nilai dengan hutangnya. Selagi belum dibayar, maka hutang itu akan terus mengikat seseorang bahkan selepas dia mati.”
– Tidak Masuk Syurga Kerana Hutang, Ustaz Umar M. Noor hlmn 111-112, Solusi Isu No. 46-

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ianya terpulang kepada individu masing-masing. Kerana skop hutang ini sangat luas. Ada yang sehingga menyebabkan pemberi hutang sengsara dek kerana keengganan penghutang membayar balik hutang tersebut. Antaranya yang menjadi penjamin, pelaburan yang menipu, hutang dalam perniagaan dan lain-lain yang melibatkan ribuan, ratusan ribu dan jutaan ringgit malaysia.

BACA:  Apa Itu Rukun Qauli , Qalbi Dan Fi’li Dalam Solat..Jom Sama-sama Ulangkaji

Kenyataan ini adalah supaya penghutang (yang sengaja tidak mahu membayar hutang) sedar bahawa walaupun perbuatan mereka dimaafkan tetapi hutang itu jika tidak diredhai dan dihalalkan oleh si pemberi hutang, mereka tetap akan sengsara di akhirat nanti. Jadi, mereka tidak boleh ambil mudah setelah berhutang.

Petikan FB Khairy Tajudin:

Maulana Hamzah Bayan, beliau kata, “Jika kita sedekah, maka kita akan dapat pahala sekali sedekah. Tapi, kalau kita bagi hutang, selagi mana orang yang berhutang tu tak bayar hutang kita, maka setiap hari kita dapat pahala sedekah.”

Dalilnya: Sayyidina ‘Imran bin Husain berkata Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang ada apa-apa hak ke atas seseorang yang lain (seumpama hutang dan sebagainya) dan dia memberi penangguhan pembayaran kepada saudaranya itu , maka dia mendapat pahala sedekah bagi setiap hari yang dia tangguhkan.”
(Musnad Ahmad)

Bagus juga dapat orang yang lambat bayar hutang ni. Boleh dapat pahala sedekah… hehehe

 

Sumber: kalamindah.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel