≡ Menu

9 Sebab Kenapa Kita Tidak Boleh Terlebih Tidur

Terdapat pelbagai kajian yang telah membuktikan tentang keburukan kurang tidur pada seseorang. Tapi bagaimana pula jika seseorang itu terlebih tidur? Ramai yang berusaha untuk mendapatkan tidur yang mencukupi, namun sebenarnya tidur berlebihan juga tidak bagus untuk kesihatan.

Pakar mensyorkan tidur selama 7 jam sehari bagi dewasa untuk rehat yang mencukupi. Mereka juga berpendapat bahawa orang yang suka tidur lama mungkin cenderung untuk mempunyai masalah kesihatan lain.

9 PERKARA YANG AKAN BERLAKU PADA TUBUH ANDA BILA TIDUR BERLEBIHAN

1. RISIKO PENYAKIT JANTUNG & STROK

Kajian menunjukkan individu yang mengamalkan tidur melebihi 8 jam sehari dua kali lebih mudah untuk terkena sesak dada (angina) dan mudah terkena penyakit jantung.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Satu kajian lagi turut menyokong bahawa orang yang tidur lebih lama lebih terdedah kepada strok walaupun sudah mengamalkan gaya hidup sihat.

2. KUALITI TIDUR MENURUN

Orang yang mengalami ‘sleep apnea’ iaitu masalah pernafasan akan tidur lebih lama dan lebih berisiko terkena strok dan penyakit jantung jika tidak dirawat. Masalah lain seperti sakit perut dan tabiat menggesel gigi dalam tidur juga membuatkan kualiti tidur terkesan. Sekiranya kita sudah tidur lama dan masih penat, dapatkan nasihat daripada doktor untuk rawatan lanjut.

Jadi, jangan anggap kita tidur lama, kita mendapat rehat yang cukup. Sebaliknya, kajian mendapati orang yang tidur lama mempunyai masalah kesihatan yang lain kerana kualiti tidur yang menurun.

3. PUNCA GEMUK

Bukan sekadar mitos, orang yang mempunyai berat badan berlebihan ternyata lebih cenderung untuk tidur lebih lama. Mereka ini akan mudah naik berat badan kerana lebih suka berehat dan kurang bersenam. Hal ini akan menyebabkan badan kurang membakar kalori.

BACA:  Gusi Berdarah Waktu Gosok Gigi? Ini 6 Puncanya Yang Perlu Anda Tahu

Selain masalah pernafasan ketika tidur, berat badan berlebihan juga turut dikaitkan dengan tabiat tidur berlebihan. Tetapi dalam hal ini, tidur boleh menjadi punca dan akibatnya.

4. RISIKO DIABETES

Selain obesiti, individu yang selalu tidur berlebihan juga turut terdedah kepada penyakit diabetes.

Kajian membuktikan walaupun seseorang itu tidak obes, individu tersebut adalah 2 kali ganda lebih terdedah kepada kencing manis. Ini kerana, tidur yang terlalu kurang atau terlebih dapat mempengaruhi paras gula dalam badan.

5. SENANG SAKIT KEPALA

Selalunya kita biasa pening kepala dan lesu jika kurang tidur, terlebih tidur juga boleh memberi kesan yang sama. Pening kepala sesudah bangun daripada tidur sering dikaitkan dengan jumlah neurotransmitter yang tidak seimbang dalam otak.

Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, otak perlu ada neurotransmitter penenang dan dan perangsang yang seimbang. Selain kualiti tidur yang lebih baik, neurotransmitter seimbang juga dapat memperbaiki sistem lain pada badan seperti penghadaman, imunisasi dalam badan serta hormon seimbang

6. MUDAH STRES

Seseorang individu yang sukar untuk bangun tidur sering dikaitkan dengan stres. Orang yang mengalami depresi juga kurang aktif dan lebih cenderung untuk berkurung di dalam bilik sebagai cara untuk melepaskan diri dari masalah yang dihadapi.

Cara menangani stres yang paling disyorkan oleh pakar ialah dengan pengamalan aktiviti fizikal. Dengan senaman, bilangan neurotransmitter akan lebih seimbang dan sekaligus dapat menambahkan keyakinan pada diri.

7. SAKIT BADAN

Individu yang lebih tidur juga mudah sakit badan terutama pada bahagian pinggang dan belakang. Perkara ini disebabkan oleh waktu tidur yang terlalu panjang dan kurang pergerakan dalam tidur selain disebabkan tilam yang tidak berkualiti.

BACA:  Rupanya Ini Tanda & Punca Sakit Gastrik Angin, Bahaya Kalau Tak Pantang!

Selain itu, apabila badan mula sakit akibat tidur, seseorang akan tidur dengan lebih lagi sebagai alasan untuk melegakan kesakitan. Tetapi itu bukanlah caranya. Dapatkan nasihat daripada doktor untuk menangani masalah ini secara klinikal untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik serta badan yang lebih selesa.

8. OTAK KURANG EFISYEN

Selain pening kepala, terlebih tidur juga menyebabkan minda sukar untuk memproses maklumat dan meyebabkan minda terasa kabur. Kajian membuktikan yang individu yang sering terlebih tidur akan membuatkan potensi otak menurun.

Hal ini kerana tidur yang berlebihan memberi kesan buruk pada sistem otak yang berfungsi 24 jam ketika tidur atau jaga. Sistem otak yang terganggu ini juga turut memberi kesan kepada perkara lain seperti struktur otak dan kemampuan minda untuk menerima maklumat.

9. SISTEM BADAN TERGANGGU

Tidur terlalu lama menyebabkan sistem otak yang bekerja 24 jam terganggu sama seperti kita menaiki kapal terbang dalam jangka masa yang panjang. Sistem yang terganggu ini akan memberi kesan lain seperti hormon dan suhu badan tidak seimbang. Badan juga akan menjadi lebih lesu dan tidak bermaya seakan-akan anda bekerja syif malam atau ‘jet-lag’.

Gangguan pada sistem ini akan menyebabkan sistem badan terganggu. Sebagai contoh, suatu kajian yang dilakukan di Korea menunjukkan wanita yang tidur berlebihan lebih sukar untuk hamil berbanding wanita yang tidur pada jangka masa normal.

KUALITI TIDUR LEBIH PENTING BERBANDING KUANTITI

Jangka masa tidur yang optimum sangat penting untuk kesihatan minda dan badan. Oleh itu, ubah persekitaran tempat tidur untuk mencapai tidur yang berkualiti dan rehat yang mencukupi.

Mulakan dengan memastikan bilik gelap, senyap dan nyaman. Elakkan melihat skrin terang daripada telefon bimbit atau televisyen sebelum tidur. Simpan satu diari untuk melihat corak tidur yang selalu diamalkan secara menyeluruh. Dapatkan tips daripada doktor untuk amalan tidur yang terbaik untuk kesihatan diri.

BACA:  5 Kelebihan Bangun Awal Pagi Untuk Kesihatan

 

Sumber: www.karteldakwah.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel