≡ Menu

Khasiat Madu Untuk Kulit Dan Kecantikan

 

Khasiat Madu Untuk Kulit Dan Kecantikan

Madu mempunyai sifat penyembuhan dan juga menghidratkan kulit. Ia amat berguna berguna untuk pelbagai tujuan kecantikan. Dengan mengunakan madu anda tidak perlu lagi menghabiskan wang pada produk kecantikan yang mahal kerana madu mempunyai khasiat yang dapat menyelesaikan masalah kecantikan anda. Berikut adalah tips kecantikan berasaskan madu.

1.  Untuk membersihkan jerawat

Campurkan satu sudu besar madu asli dengan satu sudu besar kayu manis kemudian sapukan pada tempat di mana anda mempunyai jerawat. Biarkan selama 10-15 minit, kemudian basuh dan lembapkan kulit. Ulangi cara ini sehingga anda mula melihat hasilnya.

2. Jika anda mempunyai bibir pecah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Khasiat Madu Untuk Bibir Pecah

Hanya gunakan madu di bibir anda selama beberapa minit kemudian lap. Ia akan membuatkan bibir anda berasa lembut dan lembap. Anda juga boleh membuat skrub bibir dengan mencampurkan madu dengan gula dan gosokkan campuran di bibir anda untuk mengelupas dan mengeluarkan kulit mati.

3. Untuk rambut kering, rosak

Campurkan 2 sudu besar madu dengan 1 sudu besar minyak zaitun dan sapukan pada rambut anda. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas. Ini akan membantu melembutkan, mengilatkan dan melembapkan rambut anda.

4. Sebagai topeng muka

Madu mempunyai banyak nutrien dan enzim serta bersifat penyembuhan untuk wajah anda. Dengan menggunakan berus solek yang bersih, sapukan madu di seluruh muka anda, kecuali kelopak mata. Biarkan selama 20 minit kemudian basuh. Ini akan membuatkan kulit anda berasa lebih lembut, dan cerah.

BACA:  Minuman Panas Dipercayai Meningkatkan Risiko Kanser Esofagus – Kajian

5. Sebagai pembersih muka / skrub muka

Campurkan satu sudu besar madu dengan satu sudu besar oatmeal kemudian sapu dan gosokkannya perlahan-lahan ke seluruh muka anda, dalam gerakan bulatan dengan hujung jari anda kemudian bilas. Oatmeal adalah salah satu pembersih semulajadi terbaik dan ia akan mengelupaskan kulit dengan sempurna dan menjadikan ia licin.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel