≡ Menu

5 Destinasi Menarik Dan Mesra Muslim Untuk Percutian Hujung Tahun

Penghujung tahun semakin menghampiri. Tinggal dua bulan lagi berbaki sebelum kita menjengah tahun baru 2019. Cuti sekolah juga tidak lama lagi akan bermula. Jika anda merancang untuk melancong ke luar negara, lima destinasi di bawah sangat menarik dan mesra muslim untuk dimasukkan di dalam jadual perjalanan anda.

#1- Iceland

Siapa yang tidak terpegun apabila melihat cahaya Aurora sekalipun melalui gambar dan video-video di Youtube. Ia adalah salah satu senarai impian atau ‘wishlist’ mereka yang suka mengembara. Jika anda ingin melalui sendiri pengalaman menakjubkan tersebut, maka Iceland adalah tempat paling tepat. Bukan itu sahaja, di Iceland juga terdapat kecantikan semulajadi yang lain seperti air pancut panas, kolam air panas, air terjun dan gunung berapi.

Cara yang paling sesuai untuk bersiar-siar melihat keindahan di Iceland ialah dengan memandu kereta sendiri. Anda boleh menyewa kereta di sana dan berhenti di mana-mana tempat yang anda suka. Bagi mereka yang beragama Islam, usah risau, anda boleh mencuba Restoran Ali Baba di Reykjavik yang beroperasi sehingga lewat malam.

#2- Uzbekistan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Uzbekistan ialah tempat yang sangat kaya dengan budaya, senibina dan sejarah. Mereka yang berkunjung ke sini boleh menelusuri jalan sutera yang menjadi laluan pedagang pada zaman dahulu. Bandar seperi Khiva, Samarkand dan Bukhara adalah tiga bandar untama yang berada di laluan tersebut.

Oleh kerana Uzbekistan pernah dikuasai oleh kekuasaan Soviet, maka anda juga dapat menyaksikan kesan tinggalan senibina gaya Rusia pada bangunannya.

BACA:  Restoran Korea Pertama Dibuka Di Bukchon, Seoul

Di sini, hampir 80 peratus penduduknya beragama Islam, maka tidak ada masalah untuk mendapatkan makanan halal. Laman web The Halal Food menyarankan para pengunjung supaya mencuba sumalak, manisan terkenal di sini yang dibuat daripada tunas gandum muda yang biasanya dihidangkan ketika Perayaan Navruz.

#3- Croatia

Croatia sangat menggalakan pelancongan yang mesra Muslim. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, 46 pengusaha makanan di sini telah mendapat sijil halal dan ianya semakin meningkata dari tahun ke tahun. Berita baik buat warga Malaysia dan Brunei, mereka dapat berkunjung ke Croatia tanpa visa.

Bersempadan dengan Bosnia, terdapat Taman Negara Plitvice, iaitu taman negara tertua di Croatia. Taman negara ini terletak di kawasan pergunungan di tengah Croatia dengan keluasan kira-kira 300 kilometer kaki persegi.

Tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco, taman negara ini mempunyai 16 tasik yang dihubungkan dengan banyak air terjun. Menariknya, kandungan mineral batu kapur yang terdapat di sini menjadikan air tasik boleh berubah warna, adakala hijau, ada kala biru dan kelabu.

#4- Georgia

Gerogia merupakan negara yang masih baru berkembang dalam dunia pelancongan. Tempat ini terletak di antara benua Asia dan Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasia. Oleh kerana, lokasinya terletak di antara dua sempadan, maka ia juga dikenali sebagai “The Balcony of Europe” Tempat-tempat menarik di sini antaranya ialah bandar-bandar klasik dengan seni bina sentuhan Eropah, pusat peranginan tepi pantai, biara lama dan juga tempat-tempat bersejarah .

Pengasas dan pengurus bagi Crescent Rating and Halal Trip, Fazal Bahardeen berkata bahawa penduduk di sini semakin mesra Muslim sekaligus dapat menarik lebih ramai pengunjung beragama Islam.

BACA:  Bagaimana Mengembara Mengajar Kita Untuk Tidak Keterlaluan Mencintai Dunia

#5- Bosnia Herzegovina

Bosnia Herzegovina juga negara yang masih baru dalam senarai tempat pelancongan pilihan orang ramai. Namun, tempat ini kaya dengan sejarah yang bercampur antara Eropah dan juga Turki Uthmniyah.

Pemandangan yang sangat indah dengan cerun, jeram, gunung, air terjun dan juga istana lama merupakan latar menarik untuk mereka yang suka bergambar. Anda yang berkunjung ke sini juga boleh mencuba kopi Bosnia yang pekat, kebab dan juga burek. Tempat ini juga sesuai bagi mereka yang ingin ‘backpack’ dan berbelanja secara minimum.

Sumber: Tazkirah.net 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel