≡ Menu

5 Jenis Makanan Snek Halal Dan Mesra Muslim Di Kedai Serbaneka Jepun

Kini ada tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan snek halal di Jepun. Dengan usaha komuniti masyarakat Islam di sana, produk makanan mesra Muslim semakin mudah didapati. Organisasi seperti Halal Japan dan Halal In Japan telah melakukan kerja-kerja penyelidikan dan telah menyenaraikan beberapa produk makanan yang mesra Muslim.

5 jenis makanan snek yang anda boleh dapati dengan mudah di kedai-kedai serbaneka yang terdapat di seluruh negara Jepun. Jika anda khuatir atau was-was tentang kandungan bahan-bahannya, anda boleh semak atau periksa dengan melayari laman facebook Halal Japan.

 

1.Stik Sayuran Dengan Mayonis jenama 7-Eleven

 

5 Jenis Makanan Snek Halal Dan Mesra Muslim Di Kedai Serbaneka Jepun

 

Stik sayuran dengan mayonis jenama 7Eleven ini halal yang boleh dapati di Jepun.

 

2.Tamago Boro Jenama Takeda Seika   

 

5 Jenis Makanan Snek Halal Dan Mesra Muslim Di Kedai Serbaneka Jepun

 

Ya! tamago boro, biskut telur  ini adalah snek untuk kanak-kanak. Ia bukan sahaja enak malah cair di mulut. Hanya produk jenama Takeda Seika sahaja yang menggunakan lemak sayuran.

 

3.Kacang Pis Hijau Kasugai Jenama Kobe Bussan 

 

5 Jenis Makanan Snek Halal Dan Mesra Muslim Di Kedai Serbaneka Jepun

 

Jika teringinkan snek kacang pis, carilah jenama Kacang Pis Hijau Kasugai. Ianya halal untuk dinikmati.

 

4.Chocolate Digestive Biscuits dan Chocolate Chip Cookies yang terpilih Jenama Lawson’s

 

5 Jenis Makanan Snek Halal Dan Mesra Muslim Di Kedai Serbaneka Jepun

 

Lawson’s adalah merupakan salah satu kedai serbaneka yang terbesar serta memiliki rangkaian yang luas di seluruh Jepun. Bagusnya, di kedai serbaneka ini ada menjual produk biskut dan cookies yang tidak mengandungi bahan lemak haiwan.

 

5.Waffle Cone Milk Vanilla Ice Cream jenama 7-Eleven

 

5 Jenis Makanan Snek Halal Dan Mesra Muslim Di Kedai Serbaneka Jepun

 

Aiskrim kon berperisa vanila ini boleh anda dapati di kedai 7Eleven, walaupun nampak biasa-biasa sahaja namun mendapat reviews online yang sangat baik. Bagusnya lagi, ia tidak mengandung bahan yang mengandungi arak serta lemak haiwan. Jadi, bolehlah anda menikmati keenakannya tanpa ragu-ragu.

BACA:  Menakluk Tokyo-Osaka-Kyoto dalam 7 Hari Dengan Panduan Mesra-Muslim ini

 

Peringatan: selain meneliti produk makanan yang mengandungi bahan-bahan seperti daging khinzir, lembu atau ayam, pastikan juga anda memeriksa betul-betul senarai bahan kandungan yang lain termasuk bahan emulsifiers yang berasaskan haiwan, gelatin atau kandungan arak.

 

Sumber: Remaja.my

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

error: Content is protected !!