≡ Menu

2 Restoran Halal Dan Menarik Di Osaka

Osaka merupakan kota metropolis kedua terbesar selepas Tokyo yang terletak di Pulau Jepun Honshu. Ia merupakan sebuah pusat kebudayaan serta komersial di kawasan tersebut. Terkenal dengan seni bina moden, suasana malam yang ceria serta makanan Jepun yang begitu pelbagai.

Sebagai seorang pengembara muslim, pastinya anda tercari – cari mungkinkah ada tempat makan yang halal di Osaka? Kalau anda ingin tahu, Osaka mempunyai restoran yang memiliki sijil pengesahan Halal. Berikut merupakan 2 buah restoran Halal terbaik yang terdapat di Osaka ini.

 

#1. Sanuki U-Don

Restoran ini menyediakan hidangan mee udon berkonsep layan diri. Berikutan konsep layan diri, anda perlu bergerak dari kaunter ke kaunter, mengisi dulang anda dengan semua jenis hidangan seperti udon dalam sup, bola ikan, tempura, inari (tauhu goreng yang berasap dengan nasi), nigiri (bebola nasi) dan banyak lagi.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
2-Tempat-Makan-Halal-dan-Menarik-Di-Osaka.jpg

 

Ia terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai. Restoran ini dikenali sebagai Sanuki U-don telah mendapat pengiktirafan akreditasi halal dari Konsultasi & Latihan Halal Malaysia. Kansai In-Flight Catering Co. yang merupakan sebahagian daripada pengendali rangkaian restoran Royal Holdings Co. mendapat permintaan untuk makanan halal dari orang yang melancong ke negara – negara Islam.

 

2-Tempat-Makan-Halal-dan-Menarik-Di-Osaka.jpg

 

Sebaik sahaja turun dari pesawat, anda boleh menikmati hidangan makanan Jepun di sini. Ia dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.

 

Alamat : Di dalam Kuukou Minami Noren, Kansai International Airport Terminal 1, 2F, 1 Senshukukoukita, Izumisano-shi, Osaka-fu 549-0001

 

#2. Kennyasia

Restoran Kennyasia ini juga merupakan restoran makanan halal. Ia menghidangkan makanan asli Malaysia yang boleh anda nikmati dengan gembira di sini. Antara hidangan yang disediakan adalah laksa, rojak, nasi ayam, teh tarik serta banyak lagi.

 

2-Tempat-Makan-Halal-dan-Menarik-Di-Osaka.jpg

 

Restorana halal ini berada di Dotonbori – Namba diusahakan oleh pasangan dari Malaysia. Kebanyakan pelancong Malaysia yang beragama Islam akan singgah ke restoran ini bagi menjamu selera hidangan klasik rakyat Malaysia. Untuk mencari restoran ini mudah sahaja kerana di luar restoran terdapat bendera Malaysia yang digantung berkibar menunjukkan kebanggaan rakyat Malaysia.

 

2-Tempat-Makan-Halal-dan-Menarik-Di-Osaka.jpg

 

Pastinya anda dapat melihat kibaran bendera Malaysia ini dari jauh. Jangan lupa untuk singgah di sini.

 

Alamat: 1-7-25 Sennichimae, Chuo-ku, Osaka 542-0074, Prefektur Osaka

 

Sumber: HaveHalalWillTravel.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel