≡ Menu

PBB Arahkan China Tutup Kem Tahanan Etnik Uighur Atau Batal Sukan Olimpik 2022

Akhirnya ada sesuatu yang dilakukan apabila kini China telah diarahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menutup semua kem tahanan yang mereka bangunkan atau batalkan Sukan Olimpik 2022.

PBB juga mengutuk dengan sekeras-kerasnya tentang isu kekejaman dan penindasan mereka terhadap etnik Uighur di Xinjiang. Isu ini sudah mula tersebar di seluruh dunia apabila media antarabangsa melakukan pendedahan dan terbaru, ianya turut mendapat perhatian Mesut Ozil dan penyanyi Maher Zain.

Perkara ini diputuskan PBB setelah seorang warga China yang merupakan penduduk asal Uighur yang dikenali sebagai Irade Kashgary, telah menganggotai kumpulan No Right, No Games dengan menegaskan kerajaan China untuk menutup kem tahanan tersebut beserta dua permintaan lain.

Antara permintaan yang dinyatakan adalah menutup kem tahanan dan Kerajaan China mesti menghormati hak etnik Uighur semasa di luar kem. Jika permintaan ini ditolak kerajaan China, kumpulan ini akan bertindak untuk memanggil Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk memindahkan temasya sukan itu ke negara lain.

We we want the Olympics to go forward, we want the Olympics to be successful. But the main point is that they will not be successful if they’re held in a country where there are concentration camps and they’re treating a population this way. We just want to know that the IOC is going to hold China accountable.

We are responsible for ensuring the respect of the Olympic Charter with regard to the Olympic Games and take this responsibility very seriously.

There is an ongoing dialogue there with the organizing committee and we take this responsibility very serious. But we also have to respect our limits and our limitations. Our mandate and our responsibility is with regard to the Olympic games.

Dalam perkembangan lain, presiden IOC Thomas Bach turut menyatakan yang pihak mereka akan mengambil kira semua aspek dan bertanggungjawab dengan serius dalam menghadapi isu ini.

BACA:  Pendirian Mufti Wilayah Persekutuan Berhubung Isu Polis Evo 2

Namun, sehingga kini kerajaan China tetap ego apabila menyatakan kem tahanan tersebut hanyalah pusat pendidikan dan menafikan tindakan serta hukuman kejam diberikan terhadap tahanan.

 

Sumber: ohmedia.my

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel