Ibadah

Perlukah Membuka Ikatan Rambut Ketika Mandi Wajib Bagi Perempuan

Mandi dalam bahasa Arab ialah al-ghuslu yang bermaksud mengalirkan air pada sesuatu manakala menurut istilah pula ialah menuangkan air ke seluruh anggota badan dengan tata cara yang khusus bertujuan untuk menghilangkan hadas besar.

Dalam Islam, ia adalah untuk mensucikan diri dari segala najis dan kekotoran yang berada pada tubuh manusia. Berdasarkan firman Allah yang berbunyi:

وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا

“Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah (dengan mandi wajib).”
(Surah Al-Ma’ida 5:6)

Antara sebab diwajibkan mandi wajib bagi seseorang muslim ialah:

#1 – Keluar Mani

Berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja, hingga kamu mandi bersuci.” (Surah An-Nisa, 4:43)

#2 – Bersentuh Alat Kelamin Antara Lelaki Dan Wanita

Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang duduk di antara anggota tubuh perempuan yang empat, maksudnya; di antara dua tangan dan dua kakinya kemudian menyetubuhinya maka wajib baginya mandi, baik mani itu keluar atau tidak.” (Hadis Riwayat Muslim)

Di sini dapat kita fahami, apabila telah terjadi persetubuhan ataupun ‘intercourse’ baik maninya keluar ataupun tidak, maka tetap perlu mandi wajib.

#3 – Haid Dan Nifas

Mafhum: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat.” Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu, sesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqara, 2:222)

BACA:  6 Rahsia Di Sebalik Surah Al-Fatihah

#4 – Kematian

Dari Ibnu Abbas RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda dalam keadaan berihram terhadap seorang yang meninggal dunia: “Mandikan dia dengan air dan daun bidara.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Cara Mandi Wajib

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَتْ مَيْمُونَةُ وَضَعْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – مَاءً يَغْتَسِلُ بِهِ ، فَأَفْرَغَ عَلَى يَدَيْهِ ، فَغَسَلَهُمَا مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا ، ثُمَّ أَفْرَغَ بِيَمِينِهِ عَلَى شِمَالِهِ ، فَغَسَلَ مَذَاكِيرَهُ ، ثُمَّ دَلَكَ يَدَهُ بِالأَرْضِ ، ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ ، ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ ثُمَّ غَسَلَ رَأْسَهُ ثَلاَثًا ، ثُمَّ أَفْرَغَ عَلَى جَسَدِهِ ، ثُمَّ تَنَحَّى مِنْ مَقَامِهِ فَغَسَلَ قَدَمَيْهِ

Dari Ibnu ‘Abbas berkata bahawa Maimunah mengatakan: “Aku pernah menyediakan air mandi untuk Rasulullah SAW. Lalu baginda menuangkan air pada kedua tangannya dan mencuci keduanya berkali-kali atau tiga kali. Lalu dengan tangan kanannya baginda menuangkan air pada telapak tangan kirinya, kemudian baginda mencuci kemaluannya. Setelah itu, baginda menggosokkan tangannya ke tanah. Kemudian baginda berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung, lalu baginda membasuh muka dan kedua tangannya. Kemudian baginda membasuh kepalanya tiga kali dan menyiram seluruh badannya. Setelah itu, baginda bergeser dari kedudukan semula lalu mencuci kedua telapak kakinya (di tempat yang berbeza).”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, kita dapat meneliti tatacara mandi wajib yang ringkas tetapi sempurna berdasarkan sunnah. Mandi dimulai dengan mencuci tangan terlebih dahulu sebanyak tiga kali. Seterusnya dengan membersihkan kemaluan dan kotoran yang ada dengan tangan kiri kemudian mencuci tangan dengan menggunakan sabun, kemudian baginda akan berwuduk seperti mengambil wuduk ketika hendak solat.

BACA:  Doa Meminta Syurga dan Perlindungan dari Neraka

Seterusnya baginda akan menyiram air ke kepala sebanyak tiga kali sehingga ke pangkal rambut dan akan mencuci kepala dengan bahagian kanan terlebih dahulu kemudian kiri dengan turut menyela-nyela rambut. Akhir sekali, baginda akan membersihkan seluruh badan terlebih dahulu dimulai dari belah kanan kemudian belah kiri.

Perlukah Melepaskan Rambut

Bagi kaum hawa, terdapat beberapa persoalan yang timbul, iaitu berkaitan rambut. Adakah perlu dilepaskan rambut ketika mandi hadas besar dan adakah sama ketika mandi kerana haid dan junub? Bagi persoalan ini, ada disebutkan melalui hadis Rasulullah SAW:

ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُهُ دَلْكًا شَدِيدًا حَتَّى تَبْلُغَ شُئُونَ رَأْسِهَا

“Kemudian hendaklah kamu menyiramkan air pada kepalanya lalu menggosok-gosoknya dengan keras sehingga mencapai akar rambut kepalanya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan dalil di atas, ia menunjukkan bahawa tidak cukup dengan hanya mengalirkan air ketika mandi hadas besar, manakala melalui hadis mandi junub, tidak pula disebutkan ‘menggosok-gosok dengan keras’, maka boleh untuk tidak melepaskan rambut ketika mandi junub. Ini adalah berdasarkan hadis yang berbunyi:

ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُهُ حَتَّى تَبْلُغَ شُئُونَ رَأْسِهَا ثُمَّ تُفِيضُ عَلَيْهَا الْمَاءَ

Maksud: “Kemudian kamu siramkan air pada kepala, lalu memicitnya hingga mencapai dasar kepalanya kemudian menyiram air padanya.”

Maka, bagi persoalan di atas, sah jika mandi hadas besar kerana junub tanpa membuka ikatan rambut dan tidak sah mandi hadas besar kerana haid tanpa membuka ikatan rambut.

Kesimpulan

Mandi wajib atau ghuslu merupakan salah satu cara untuk mensucikan diri agar membolehkan diri kita beribadat kepada Allah dengan sah dan tanpa kotoran yang tertinggal. Semoga mandi hadas besar yang dilakukan adalah sah agar setiap dari ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

BACA:  Jarak Solat Jamak & Qasar

Rujukan: Muslim.Or.Id

 

Sumber: tzkrh.com 

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *