≡ Menu

VIDEO | Keganasan Terhadap Umat Islam di India Memuncak

VIDEO | Keganasan terhadap umat Islam di India memuncak

BANGI, 2 Rejab 1441H, Rabu – Protes terhadap undang-undang kewarganegaraan baru India yang kontroversi semakin memburuk apabila 13 orang termasuk Ketua Konstabel Delhi, Ratan Lal terbunuh sementara ratusan yang lain tercedera.

Keadaan dilaporkan menjadi semakin mengganas apabila kawasan kejiranan muslim di Utara-Timur New Delhi diserang, rumah-rumah, tempat perniagaan, tempat ibadat dibakar malah ada yang dengan sengaja menyasarkan serangan terhadap umat Islam.

Pegawai melaporkan bahawa angka kematian sejak Isnin telah mencapai 13 orang – keganasan yang paling dahsyat di ibu negara India dalam beberapa dekad.

Lebih daripada 150 orang cedera, termasuk seorang wartawan saluran berita JK24 berada dalam keadaan serius selepas ditembak.

Laporan itu mendedahkan bahawa orang Islam telah dibunuh dengan kejam dan rumah-rumah dijarah serta dibakar dalam rusuhan, selain masjid turut diruntuhkan.

Lebih mengerikan lagi, apabila penyerang membunuh seorang bayi selepas mereka enggan membenarkan ibunya untuk menyelamatkan bayi tersebut sebelum membakar rumahnya, menggambarkan keadaan berbahaya yang semakin meningkat di India.

Berang dengan keadaan itu, Majlis Perundingan Perubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk keras serangan dan pembunuhan yang dihadapi oleh minoriti Islam di India.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan, rantaian peristiwa yang berlaku di India ketika ini mencipta keadaan yang buruk bagi keselamatan umat Islam di sana.

“India bergerak ke arah ketidakberdayaan oleh ideologi Hindutva yang dipromosikan oleh kempen kebencian semasa terhadap umat Islam. Kerajaan India tidak melindungi orang Islam. Serangan itu telah ditiupkan oleh penghinaan kebencian terhadap umat Islam seluruh negara.

“Kerajaan India seolah-olah meluluskan jenayah sedemikian dan menyokong kempen kebencian terhadap umat Islam melalui RSS, sebuah platform yang secara agresif menggalakkan ideologi Hindutva. Kerajaan BJP kini mengancam kewujudan agama di India, membawa India ke arah jalan berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

BACA:  Tips Dan Doa Yang Boleh Diamalkan Untuk Kekal Sihat Pada Musim Jerebu

Sehubungan itu, Mohd Azmi menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan semua organisasi Islam antarabangsa untuk mengutuk kekejaman yang dilakukan terhadap orang Islam di India dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memanggil pihak berkuasa India melindungi keselamatan dan hak semua minoriti Islam.

“Kami menuntut kerajaan India untuk mengambil tindakan yang berkesan untuk menghentikan kekejaman dan penindasan hak keagamaan umat Islam.

“Mereka yang melakukan pembunuhan mesti bertanggungjawab dan mesti didakwa untuk menghadapi keadilan,” katanya.

 

Sumber: www.ismaweb.net

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel