≡ Menu

[VIDEO] Adegan Hina Rasulullah S.A.W dalam Filem Hantu Bonceng


Filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham terus menjadi perbualan hangat di Fcebook dan Twitter. Bagi kanak-kanak dan mereka yang sukakan jenaka bodoh pasti seronok menonton filem Hantu Bonceng. Tapi, bagi kaki-kaki wayang yang inginkan kelainan pasti kecewa dengan filem ini.

Terbaru, blog Milosuam melaporkan ada isu menghina Rasulullah dalam salah satu babak filem Hantu Bonceng.  Salah satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”

Sama ada terlepas pandang, tidak faham, atau sengaja cetuskan kontroversi untuk melariskan filem tidak dapat dipastikan. Apa yang jelas, kita bimbang jika ia menjadi ikutan anak-anak muda.

httpv://www.youtube.com/watch?v=Qh2Iw0zA39g

Ahmad Idham juga ada mengeluarkan statement di Harian Metro bahawa di tidak berniat untuk mempersenda agama. “Saya setegas-tegasnya menafikan dakwaan beberapa pihak yang mengatakan filem komedi seram, Hantu Bonceng (HB) mempersendakan Islam,” kata pengarah filem berkenaan, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, menolak tuduhan pihak tertentu yang mendakwa filem komedi seram arahannya mempersendakan kesucian Islam.

Berikut adalah email di antara seseorang dan Ahmad Idham, Pengarah Filem Hantu Bonceng berkenaan isu Azan, kalimah syahadah yang dijadikan babak lawak jenaka di dalam filem terbaru beliau.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Marikh Azahari:

Assalamualaikum Saudara,

Maaf m’ganggu, cuma saya nk ambil kesempatan ini menyuarakan pendapat peribadi saya berkenaan filem arahan saudara iaitu Hantu Bonceng telah memperlihatkan adegan ‘Azan’, ucapan dua kalimah syahadah dan perlakuan tasyahud akhir dijadikan babak jenaka. Dukacita ingin saya nyatakan sebagai salah seorg peminat filem tanah air saya merasa amat tersentap melihat adegan-adegan ini dijadikan bahan jenaka.

Maafkan sekiranya saya tersilap saudara. Tetapi sebagai umat Islam dan hamba kepada yg maha Esa, saya tidak rela melihat perbuatan seperti ‘Azan’, ucapan dua kalimah syahadah dan tasyahud akhir diperlekehkan dan menjadi bahan ketawa ramai.

Mungkin niat asal kita adalah baik tetapi hasilnya mungkin menjadi sebaliknya. Saya amat berharap sgt dan merayu pada saudara agar perkara yg berkaitan agama jgnlah dijadikan bahan duniawi melainkan atas tujuan dakwah dari sudut ilmiah bukannya lawak jenaka.

Maafkan saya lagi sekali sekiranya tersilap bahasa dan kata dalam menyuarakan padangan saya ini.

Wasalam

————–

Ahmad Idham Ahmad Nadzri:

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak. Untuk pengetahuan cik.. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama. Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain. Ingat:- allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci… Renung renung lah…

————–

Marikh Azahari:

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membalas msg saya.

Saya akui saya cetek ilmu agama. Saya akui saya tidak setaraf para ulamak. Saya akui tahap pemikiran saya tidak setinggi mana.

Saya cuma menyatakan pandangan saya sebagai hamba Allah. Mungkin saya salah, mungkin saya betul. Terserah. Wallahualam…

wasalam

Berhati-hati, perbuatan, niat, dan lafaz boleh menyebabkan gugur shahadah dan terkeluar daripada Islam.

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah, “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kalian berolok-olok?” “Tidak usah kalian minta maaf, karena kalian telah kafir sesudah beriman”. (At Taubah : 65-66).

Rasulullah bersabda:
“celakalah orang yang berkata kata (sama ada benar atau bohong) untuk membuat orang lain ketawa…maka celakalah dia,celakalah dia,celakalah dia” Hadith Riwayat Abu Daud.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Tanggungjawab terhadap anak