≡ Menu

Turut Tanggung Risiko Covid-19, ‘Cleaner’ Antara Wira Tak Didendang Negara

Turut tanggung risiko Covid-19, ‘cleaner’ antara wira tak didendang negara

Covid-19 yang melanda negara kita sememangnya sangat menakutkan. Kes positif Covid-19 dilaporkan telah melebihi angka 1,000 orang dengan 8 kematian dicatatkan sehingga semalam.

Barisan frontliner, pengawai polis dan petugas kesihatan juga sudah menjadi mangsa wabak maut ini, sedangkan mereka adalah insan-insan yang berjuang untuk membantu memberikan perkhidmatan rawatan kepada para pesakit.

Sapu sisa klinikal bahaya
Selain daripada mereka, insan yang turut sama berjuang menjadi orang hadapan dalam menangani isu Covid-19 ini sudah tentu mereka yang bekerja dalam sektor pembersihan.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna telah menyatakan rasa penghargaannya kepada para pekerja kebersihan terutamanya di hospital berikutan mereka juga terdedah secara dekat dengan bahaya Covid-19.

Semoga mereka diberi perlindungan
Dalam video yang disertakan, jelas seorang cleaner sedang membersihkan sisa klinikal di kawasan saringan pesakit suspek Covid-19 seusai petugas-petugas kesihatan menyelesaikan pekerjaan mereka walaupun sudah larut malam.

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 8,000 tanda suka itu turut menghadirkan pelbagai komen. Rata-rata warganet mengucapkan terima kasih serta berharap agar mereka juga diberi kesihatan dan terlindung daripada Covid-19 ini.

 

Sumber: ohmymedia.cc

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Kempen Beli Produk Muslim Dilancarkan