≡ Menu

Tolong Jaga Anak Kita. Penyakit HFMD Sedang Mengganas!

Kat Pulau Pinang katanya dah sampai 1,616 kes penyakit kaki, tangan dan mulut ni! Banyak tu! Berpuluh taska pun dah ditutup.

Tu la kenapa kalau anak kita ada je tanda-tanda ni terus bawa ke klinik kesihatan ataupun hospital :

+ Kurang selera makan
+ Demam
+ Ruam pada bahagian kaki dan tangan
+ Ulser yang banyak di dalam mulut

 

Benda Paling Penting Mak Ayah Wajib Tahu!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

❌ Virus penyakit HFMD ni berjangkit dan merebak melalui air liur, cairan kudis, hingus dan najis anak

❌ Kalau cairan ni semua kena pada meja ke baby chair ke pemegang pintu ke mainan ke semuanya boleh jadi asbab dan punca penyakit sebab virus tu boleh hidup dan hinggap kat benda ni semua sampai berhari hari hingga berminggu!

❌ 2 benda paling penting kita WAJIB KAWAL pada anak kecil kita kalau dah kena HFMD ni. Pertama kawal suhu tubuh supaya tak terlampau tinggi dan kedua, kena jaga minum dia supaya tak dehidrasi. Kalau dah dehidrasi teruk, kena cucuk masuk air la pula nanti

❌ Kalau anak dah kena HFMD ni tolong la kuarantin. Kedasyatan penyakit ni adalah dia mampu menularkan sehingga 5 orang budak yang lain. Kiranya kalau 1 orang yang kena dalam sebuah taska, dia mampu menjangkiti 5 orang kawan kawannya

p/s : Saya rasa masih ramai mak ayah yang belum tahu info ni. Tolong bagitahu kat mak ayah yang belum tahu ye

BACA:  Awas! 6 Perkara Yang Dilakukan Akan Menyebabkan Rezeki Anda Tidak Berkat

 

Sumber: Facebook Taufiq Razif 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel