≡ Menu

Terkini: Lagi 106 Orang Dilaporkan Positif Covid-19, Jumlah Kumulatif 1,624 Kes

Sehingga 12 tengahari 24 Mac 2020, terdapat 106 kes baru telah dilaporkan. Jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 1,624 kes.

Daripada jumlah kes baru ini, sebanyak 43 kes berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh. 63 kes lagi berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih dalam siasatan.

Sebanyak 62 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan daripada jumlah itu, 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

24 kes positif #COVID19 telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan kes keseluruhan sembuh sebanyak 183.

Dilaporkan, satu (1) kes kematian baru dilaporkan, menjadikan kes keseluruhan kematian di Malaysia adalah sebanyak 15.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kes kematian ke-15 (kes ke-1,519) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 70 tahun yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes ke-703. Beliau dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar dan disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020, jam 5.35 pagi.

 

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  TERKINI: COVID-19 Ragut Satu Lagi Nyawa 25 Mac 2020, Angka Keseluruhan Kini 17 Kematian