≡ Menu

TERKINI: COVID-19 Ragut Satu Lagi Nyawa, Angka Keseluruhan Kini 16 Kematian

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 16 orang setakat ini.

Kes kematian ke-16 (kes ke-1334) merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

Beliau telah mula menunjukkan gejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Namun, beliau telah disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020 jam 7.40 malam. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  (Video) Perak Ganti Ungkapan Azan Hay’alatain Dengan ‘Solatlah Di Rumah Kamu’ Bermula Maghrib Ini