Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikerah bagi memastikan semua rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam sehingga 31 Mac 2020.
Beliau memberikan kenyataan tersebut kepada Bernama pada hari ini.
Tindakan ini disebabkan oleh segelintir rakyat yang masih tidak mematuhi perintah dan masih bergelar di kawasan awam tanpa kepentingan.
Pada hari pertama perlaksaan perintah turut menyaksikan bantuan polis terpaksa digunakan di beberapa tempat bagi memastikan orang ramai beredar dan gerai-gerai yang masih menjalankan perniagaan menutup gerai mereka.
Sumber: Bernama TV via siakapkeli.my