≡ Menu

Surirumah Hidupnya Hanya Ada Suami, Anak Dan Rumah, Usah Pertikaikan Kerjaya Hebatnya

Surirumah Hidupnya Hanya Ada Suami, Anak Dan Rumah, Usah Pertikaikan Kerjaya Hebatnya

Orang fikir, kerjaya surirumah adalah paling senang dan tak perlu nak fikir apa-apa masalah yang melibatkan dunia luar. Dia hanya ada suami, anak dan rumah yang menjadi keutamaannya sampai bila-bila.

Namun, berapa ramai yang tahu, kerjaya surirumah bukanlah hanya bergoyang kaki semata-mata. Sebaliknya, kerjaya dia bekerja 24 jam dan tiada cuti langsung.

Selalu orang bandingkan surirumah tak perlu nak fikir apa-apa pun. Ada masa untuk rileks dan tengok tv. Tapi, sebenarnya tidak sama sekali. Ada saja yang ingin dibuatnya. Selesai di bahagian dapur, bergegas ke ruang tamu.

Ini belum lagi melihat keadaan bilik anak-anak dan sesi memasak untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak. Ini luahan seorang lelaki yang memahami apa yang dilalui oleh seorang surirumah.

Kerjaya Surirumah Tiada Pilihan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Buat mak-mak yang kerjaya SURIRUMAH..

Bila dia baring, orang kata dia suka tidur.

Rupa sememeh macam hantu kak Limah. Yang orang tak nampak, dari pagi dia bangun siapkan bekal anak, ambil/hantar anak sekolah, kemas rumah, masak, basuh baju, Petang baru ingat nak makan nasi.

Bangun awal, tidur lewat. Tapi kerja tak habis-habis. Bila anak buat perangai, rosakkan barang, mulalah orang kata dia tak jaga anak.

Yang orang tak nampak, selama ini berak kencing anak, dialah yang cuci. Makan pakai anak, dialah yang masakkan, suapkan, sediakan. Sakit pening anak dialah yang tak tidur malam. Anak mengamuk, dialah yangg pujuk, dia anyg jaga.

Hujung minggu. Bangun pukul 8 pagi orang dah kata pemalas. Orang lain bangun 12 tengah hari tak apa, sebab orang lain kerja, penat. ‘surirumah tak kerja’ . Yang orang tak tahu, mlm tadi cuma tidur 2-3jam je sebab sekejap-sekejap terjaga anak nak susu, badan habih lenguh-lenguh lesu.

BACA:  Amalan Untuk Membina Sebuah Keluarga Yang Bahagia Dunia & Akhirat

Bila orang tengok anak kurus, mulalah orang kata tak bagi makan ke? Yang orang tak tahu, sebenarnya dia sendiri pun dah buntu. Masaklah sesedap mana pun. Anak tetap tak nak makan.

Semua Orang Kata

Orang kata dia untunglah, nak apa semua suami boleh belikan. Cincin di jari, baju kasut berganti. Yang orang tak tahu, ada barang dia beli guna duit hasil buang masa dengan fb kadang sampai tak tidur malam.

Bila orang kata dia untunglah tak kerja. Boleh ngadap fb 24 jam. Yang orang tak tahu, dia cari income dengan fb, sambil kacau gulai dalam periuk. Sambil tengok fb, layan anak.

Orang kata dia kaki Facebook. Tangan tak lekang dari handphone. Yang orang tak tahu, dia kawan pun tak ada. Dalam satu hari cuma borak dengan anak dan dinding.

Paling hebat pun cakap dengan teacher kat sekolah masa ambil anak. Seluruh kehidupan dia cuma ada suami, anak, rumah.

Tak Perlu Cemburu

Orang selalu cakap cemburu dengan dia. Sebab dia bestlah dapat duduk rumah. Muka pun hari-hari senyum, tak pernah komplen apa-apa. Yang orang tak tahu, waktu dia dalam bilik air, sebanyak mana air yang mengalir, mungkin banyak itu jugalah air matanya mengalir.

Surirumah standby 24 jam. 7 hari seminggu. Tak pernah cuti. Tak ada istilah cuti atau MC. Sehebat manapun skill dia, tak pernah naik pangkat dan tak pernah dibayar gaji.

Surirumah semulia-mulia pekerjaan. Tapi tak pernah terpilih.

Tak apalah. Sebab ALLAH tak pernah memilih.

Surirumah sabarlah.. ALLAH Sayang..

 

Sumber: Sayfuel Mohd via  mingguanwanita.my

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel