≡ Menu

SOP Termasuk Kebenaran Solat Jumaat & Jemaah Terawih Dibincang Esok- Ismail Sabri

Putrajaya, 29 April – Kebenaran untuk solat Jumaat dan solat berjemaah terawih ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dibincangkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.

Menurutnya, semua kementerian bakal menyertai perbincangan pada esok hari bagi menentukan prosedur operasi standard (SOP) yang terperinci menurut kementerian mereka.

“Esok menteri agama turut terlibat dalam menyediakan SOP. Ramai bertanya, tak boleh ke solat terawih berdasarkan SOP, penjarakan satu meter di dalam masjid dan sebagainya? Pelbagai persoalan ditimbulkan terutamanya bila kita mengatakan bahawa PKP keempat ini beberapa kelonggaran akan kita perkenalkan.

“Adakah solat Jumaat sudah dibolehkan kalau penjarakan satu meter? Adakah bulan puasa ini, solat terawih dibenarkan kalau jarak satu meter? Banyak persoalan ditimbulkan.

“Kita minta menteri agama untuk tampil dengan SOP dan cadangannya,” kata beliau, menegaskan kelonggaran PKP 4 akan dilakukan secara berperingkat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Israel mulakan serangan di seluruh Gaza