≡ Menu

Siapakah Nabi Khidir, Wali atau Nabi?

Siapakah Nabi Khidir, Wali atau Nabi?

SOALAN :

Adakah betul berlaku khilaf tentang Nabi Khidir adakah beliau seorang Nabi atau seorang wali?

Benarkah ada berlaku khilaf tentang adakah Nabi Khidir masih hidup atau telah wafat?

Nabi manakah yang umurnya paling lama?

JAWAPAN :

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

NABIKAH KHIDIR ATAU WALI?

Berlaku perselisihan dikalangan ulamak tentang Nabi Khidir adakah beliau seorang Nabi atau seorang wali.

Satu pendapat mengatakan beliau adalah seorang Nabi dan satu pendapat mengatakan beliau adalah seorang wali.

Imam Nawawi berkata bahawa pendapat yang kuat ialah beliau adalah seorang Nabi.

Dan pendapat ulamak sufi beliau adalah seorang wali.

Kata Imam Nawawi :

قال جمهور العلماء: الخضر نبي لكن لم يرسل لأحد، فهناك فرق بين النبي وبين الرسول

Artinya : “Telah berkata olih jumhur ulamak Khidir ialah Nabi akan tetapi tidak menjadi Rasul bagi seorang jua pun. Maka disana ada perbezaan antara Nabi dengan Rasul.” (Syarah Sahih Muslim)

Berkata Imam Abu Abdillah Al-Maziri :

إن الأكثرين من العلماء على أنه نبى

Artinya : “Bahawasanya kebanyakan daripada ulamak berpendapat sungguhnya Khidir adalah seorang Nabi.”

Adalah nama Nabi Khidir ialah menurut pendapat yang kuat ialah Balya bin Malkan daripada Bani Israel.

Khidir bermaksud menghijau atau hijau dan dinamakan begitu kerana tempat yang beliau duduk akan menjadi hijau.

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw :

إنَّما سُمِّيَ الخَضِرَ أنَّهُ جَلَسَ علَى فَرْوَةٍ بَيْضَاءَ، فَإِذَا هي تَهْتَزُّ مِن خَلْفِهِ خَضْرَاءَ

Artinya : “Sungguhnya dinamakan dengan Khidir bahawasanya apabila beliau dia duduk di atas tempat yang tiada tumbuh suatu maka tempat itu jadi berkocak kemudian tumbuh tumbuhan menghijau.” (Hadith riwayat Bukhari)

BACA:  Abu Bakar As-Siddiq Memerangi Kaum Murtad

ADAKAH NABI KHIDIR MASIH HIDUP?

Dan telah berlaku perselisihan pendapat dikalangan ulamak adakah Nabi Khidir masih hidup atau telah wafat.

Pendapat yang pertama mengatakan Nabi Khidir a.s. masih hidup.
Telah menyebut olih Imam Nawawi :

إنه حى موجود بين أظهرنا الآن، وهذا الرأى متفق عليه عند الصوفية وأهل الصلاح والمعرفة

Artinya : “Sunnguhnya Nabi Khidir a.s. masih hidup sampai sekarang. Dan inilah pendapat yang disepakati atasnya olih ulamak sufi dan orang-orang solih dan ahli makrifat.”

Dan pendapat yang kedua mengatakan Nabi Khidir a.s. telah wafat.

Berkata Al-Munawi :

لا يثبت حديث فى بقائه

Artinya : “Tidak sabit dalam hadith pada masih hidupnya (Khidir).”

Dan berkata Ibnu Al-‘Arabi :

مات قبل انقضاء المائة

Artinya : “Telah wafat beliau sebelum usia seratus tahun.”
Kesimpulannya ada dua pendapat tentang masih hidupnya Nabi Khidir a.s. dan telah wafatnya. Dan kedua-dua pendapat ini ialah dari pendapat ulamak ahlu sunnah wal jamaah. Olih itu siapa yang berjalan atas pendapat beliau masih hidup maka ialah harus kerana ada sandarannya dan siapa yang berpendapat sudah wafat juga harus kerana ada sandarannya.

Dan soal masih hidup atau sudah wafat Nabi Khidir ini bukan termasuk perkara aqidah dan bukan dari pengetahuan yang wajib diketahui.

Berkata Syeikh Athiyyah Saqr :

ولم يرد نص صرح فى كونه مات أو ما زال حيا حتى يقتله الدجال، أو أن له لقاء آت مع بعض الأنبياء أو الأولياء، أو أنه يلقى السلام على بعض الناس فيردون عليه التحية. كل ذلك ليس له دليل يعتد به. وفى الوقت نفسه لا يترتب على الجهل به عقاب، ولا يؤثر على إيمان المؤمن، فهو ليس من العقائد التى كلفنا بها الدين

BACA:  Doa Ibu Lebih Dahsyat dari Doa Ulama, bahkan Wali Sekalipun

Artinya : “Dan tidak datang nas menerangkan keadaan Nabi Khidir sudah wafat atau masih hidup sehingga membunuh ia akan Dajjal atau beliau ada bertemu dengan para Nabi a.s. dan para wali atau beliau memberi salam atas sebahagian manusia lalu dibalas salamnya. Semua itu tidak ada baginya dalil yang dipegang dengannya dan tidak akan diazab siapa yang tidak mengetahui dengannya dan tidak mencederakan atas iman orang mukmin dan ia bukan dari aqidah-aqidah yang ditaklifkan atas kita.” (Fatwa Darul Ifta Mesir)

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel