≡ Menu

Rasulullah SAW: Akhlak Seorang Suami

Rasulullah SAW: Akhlak Seorang Suami

1. Rasulullah ﷺ adalah suri teladan yang terbaik buat suami. Berikut adalah beberapa akhlak yang dipamerkan oleh Baginda ﷺ sebagai seorang suami:

2. Rasulullah ﷺ membantu kerja rumah. al-Aswad pernah bertanya kepada Aisyah berhubung aktiviti Nabi ﷺ dirumah, Aisyah lalu menjawab:
كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ

Maksudnyna: Baginda ﷺ melakukan kerja-kerja rumah ahli keluarganya (HR al-Bukhari).

Dalam riwayat Imam Ahmad pula menyebutkan:

(كَانَ يَخِيطُ ثَوْبَهُ، وَيَخْصِفُ نَعْلَهُ، وَيَعْمَلُ مَا يَعْمَلُ الرِّجَالُ فِي بُيُوتِهِمْ)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Iaitu mafhumnya: Rasulullah ﷺ disifatkan seorang yang menjahit pakaiannya sendiri, memperbaiki kasutnya sendiri serta melakukan kerja-kerja rumah

3. Selain itu, membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai perilaku baik seorang suami. Amru ibn Umayyah pernah menghadiahkan buat isterinya pakaian. Apabila ditanya oleh sahabat Nabi yang lain, beliau menjawab aku hadiahkan pakaian buat isteriku dan ianya sama seperti pahala sedekah. Apabila diceritakan perkara ini kepada Rasulullah, Baginda ﷺ membenarkan tindakan Amru.

Ini menggambarkan sumbangan atau perbelanjaan kita buat keluarga, jika diniatkan dengan tujuan yang betul ia mengandungi pahala yang sangat besar. Sabda Rasulullah ﷺ:
إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا سَقَى امْرَأَتَهُ مِنْ الْمَاءِ أُجِرَ

Sesungguhnya, suami yang memberikan air buat isterinya turut dinilai sebagai pahala. Lepas ini boleh rajin-rajin belanja the tarik! 😉

4. Rasulullah ﷺ melindungi para isterinya. Ketika Safiyyah diejek kerana berketurunan Yahudi, Rasulullah ﷺ memujuk Safiyyah dengan berkata:

إِنَّكِ ابْنَةُ نَبِيٍّ، وَإِنَّ عَمَّكِ لَنَبِيٌّ، وَإِنَّكِ لَتَحْتَ نَبِيٍّ

BACA:  Mo Salah, Mungkinkah Dia Mampu Mengurangkan Sentimen Islamophobia?

Sesunngguhnya engkau adalah anak (anak cucu) kepada Nabi, pakcik mu juga Nabi dan suamimu juga Nabi (HR Ahmad). Pujukan ini diberikan kepada Sofiyyah kerana beliau berketurunan Nabi Harun, dan pakciknya pula adalah Nabi Musa.

5. Rasulullah ﷺ menyantuni isteri-isteri Baginda. Menurut Anas bin Malik, beliau pernah Nampak Rasulullah ﷺ menyediakan tempat duduk (lapik tunggangan) buat Sofiyyah supaya beliau dapat duduk dalam keadaan yang selesa. Baginda ﷺ juga duduk sedikit supaya Sofiyyah boleh memijak lutut (kaki) Baginda untuk dia naik ke atas tunggangannya.

6. Dalam sebuah perjalanan, Rasulullah ﷺ pernah membawa Anjashah sebagai jurupandu unta buat isteri-isteri Nabi. Ketika melihat Anjasha membawa unta dengan laju Rasulullah ﷺ mengarahkan Anjashah supaya memperlahankan unta tersebut kerana khuatir situasi tersebut boleh menyakiti isteri Baginda ﷺ yang berada di atas tunggangan tersebut. Sabda Rasulullah ﷺ:

رُوَيْدَكَ يَا أَنْجَشَةُ، سَوْقَكَ بِالْقَوَارِيرِ

Maksudnya: Perlahan sedikit wahai Anjashah, sesungguhnya (diatas tunggangan itu adalah wanita yang seperti) kaca-kaca (yang dimaksudkan adalah para isteri Baginda).

Begitulah beberapa tauladan dari akhlak Rasulullah ﷺ sebagai seorang suami.

Peringatan untuk diri sendiri.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel