Myeongdong ialah syurga membeli-belah terbesar di Seoul, dan jalan-jalan dikawasan ini sibuk dan dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. Dari kosmetik ke beg, kasut, aksesori, dan juga makanan jalanan yang mesra Muslim di Korea, anda akan berasa sukar untuk membuat pilihan!
Cara untuk ke Myeongdong
Laluan 1: The heart of Myeongdong
- Untuk ke Myeongdong anda perlu melalui jalan-jalan seperti maze untuk menuju The heart of Myeongdong (tengah kota Myeongdong)
- Ambil kereta api bawah tanah line 4, berhenti di stesen Myeondong, ambil exit 6
Laluan 2: Outskirts of Myeongdong
- Mula berjalan di pintu masuk Myeongdong dan terus bergerak ke tengah kota
- Ambil kereta api baah tanah line 2, berhenti di stesen Euljiro 1-ga, ambil exit 5
Masa Terbaik Untuk Lawati
6 petang dan keatas
- Masa Ini adalah ketika Myeongdong hidup. Penjual makanan jalanan mula membuka gerai-gerai mereka untuk hari ini, dan jalan-jalan dipenuhi dengan lampu neon yang terang.
- Nikmati suasana Myeongdong dan hayati simfoni perbualan pejalan kaki, muzik, dan aroma makanan jalanan.
11 pagi dan keatas
- Sekiranya anda ingin mengelakkan orang ramai dan mempunyai lebih banyak ruang untuk diri sendiri semasa anda berbelanja, datang pada jam 11 pagi dimana jalan-jalan lebih tenang.
Di mana Untuk Beli
Kosmetik
- Myeongdong adalah syurga kecantikan! Dari kedai berjenama terkenal sampailah ke jenama yang kurang dikenali anda boleh datang ke sini untuk membeli-belah barangan kosmetik. Anda pasti akan mengalami kesukaran untuk meninggalkan tempat ini kerana kedai-kedai yang ada terlalu banyak.
- Apabila berbelanja cuba dapatkan barangan yang ditawarkan beli 1 percuma 1 atau diskaun besar-besaran kosmetik Korea di Myeongdong.
- Kedai Olive Young adalah Sephora versi Korea dan di Myeongdong adalah cawangan mereka yang paling besar. Jangan terkejut apabila anda berbelanja mereka pasti akan memberi banyak barangan percuma seperti samples, mask, BB cushions dan banyak lagi.
- Nature Republic flagship store; Terkenal dengan gel aloe vera, Nature Republic adalah salah satu jenama kosmetik terbesar di Korea, jadi anda tidak boleh ketinggalan untuk ke kedai terbesar mereka di jMyeongdong!
Pakaian
- Lotte Young Plaza: Di sini anda boleh mencari semua jenis pakaian, beg, kasut dan aksesori gaya Korea yang semuanya di bawah satu bumbung!
- Lotte Department Store: Menawarkan segalanya dari jenama mewah yang diimport seperti Louis Vuitton dan Celine ke jenama Korea tempatan seperti Beanpole. Untuk menikmati belanja bebas cukai di Lotte Duty Free Store, pastikan anda membawa pasport anda bersama-sama dengan anda dan menyimpan resit anda untuk menuntut bayaran balik cukai di lapangan terbang!
- Tetapkan masa satu ke dua jam untuk membeli-belah dengan harga yang murah di kedai-kedai kecil Myeongdong! Anda akan mendapat tawaran dan diskaun terbaik di tempat-tempat yang sebegini di banyak jalan-jalan di Myeongdong.
Wajib pergi
- Menara Namsan: Jika anda seorang penggemar K-drama, tempat ini tidak asing untuk anda kerana ia adalah menara Namsan! Bukan sahaja menara Namsan menawarkan beberapa pemandangan atas bandaraya Seoul, ia juga merupakan hotspot popular untuk pasangan bercinta kerana love locks.
- Seoul Global Cultural Centre: Masa untuk bermain pakaian! Terdapat pelbagai hanbok tradisional Korea dalam banyak warna-warna yang menarik. Bukan itu sahaja, ianya percuma! Sebelum ke sana sila buat semakan untuk memastikan hanbok ada untuk digunakan, datang awal untuk mengelakkan barisan panjang dan dapatkan slot masa terbaik untuk pengalaman hanbok anda.
- Namsangol Hanok Village: Merasai gaya hidup tradisional Korea di taman yang indah ini, rumah -rumah dari zaman Joseon. Anda juga boleh mencuba untuk bermain permainan traditional Korea dan nikmati persembahan ketika berada si sini.
Novelty Cafes
Ini sangat sesuai bagi pecinta kucing. Anda jangan terlepas untuk ke dua kafe kucing ini di Myeongdong: Cat Playground dan Hello Kitty Café!
- Cat’s Playground: Kucing di kaunter. Kucing memeluk permaidani. Kucing memakai tie, Kucing berada di mana-mana! Nikmati secawan air latte panas sambil anda berpelukan dengan rakan baru anda di kafe bertemakan kucing yang menarik ini!
- Hello Kitty Cafe: order makanan dan minuman yang bertemakan Hello Kitty di kedai ini. Dari Hello Kitty latte hingga wafel Hello Kitty! Anda akan melihat warna merah jambu di mana-mana selepas anda melawat kafe bertemakan Hello Kitty ini.
Nota: Sila ambil perhatian bahawa kafe ini tidak disahkan halal. Kami menasihatkan bahawa anda makan mengikut budi bicara anda sendiri.
Di mana hendak makan
Jika anda berasa lapar selepas berbelanja dan memburu barangan murah, anda tak perlu risau anda boleh dapatkan beberapa makanan jalanan yang lazat dan berpatutan. Myeongdong penuh dengan makanan yang mesra-Muslim untuk memenuhi keperluan anda!
- Myeongdong Street Food: Lawatan anada tidak lengkap jika tidak ke Myeongdong, tanpa mengambil sampel makanan jalanan di sini. Dari makanan panas ddeokbokki (kek beras korea), halai taiyaki hingga gyeran ppang (roti telur). Apabila masa anda dah tamat, anda pasti gembira kerana perut anda penuh dengan makanan.
- Busanjib: Permata tersembunyi yang terletak di jalan-jalan seperti maze Myeongdong, ada sajian hidangan Korea yang mewah menggunakan daging halal yang disahkan. Pergilah cuba untuk rasa makanan halal mereka iaitu spicy chicken stew atau sup Bulgogi dan sotong!
- Ilji Hanbang Samgyetang: bersandar dan berehati setelah oenat berjalan membeli-belah dengan makan makanan enak dengan memesan semangkuk samgyetang (sup ayam ginseng)!
Tempat untuk berehat/tidur
Selepas penat membeli-belah, anda tidak perlu risau untuk berjalan jauh untuk balik ke hotel. Terdapat banyak hotel yang berpatutan, selesa dan bergaya yang terletak betul-betul di depan pintu Myeondong dan di Myeongdong sendiri.
- K-Pop Hotel Seoul Station : Terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari Stesen Seoul, hotel ini merupakan penginapan yang ideal untuk pelancong yang letih yang hanya mahu pulang ke rumah dengan katil yang baik dan lembut dan merehatkan kaki yang letih setelah berjalan kaki di Myeongdong!
- Wons Ville Myeongdong Hotel : Terletak berdekatan dengan beberapa tarikan ikonik di Myeongdong seperti Menara Namsan, Kampung Namsangol Hanok dan Myeongdong Cathedral, ini merupakan satu lagi hotel yang anda boleh berehat dengan mudah pada penghujung hari, dengan tangan anda yang penuh dengan beg shopping dan perut penuh dengan makanan Korea yang mewah.
- Hotel Stay Inn Seoul Station : Melancong dengan bergaya apabila anda menginap di hotel ini. Ianya berpatutan walaupun mempunyai konsep mewah. Cubalah mana-mana bilik yang sesuai dengan anda. WiFi tersedia di seluruh hotel dan reception buka 24jam, jadi anda tidak perlu bekejar untuk check-in hotel anda.
Sumber: Have Halal Will Travel