≡ Menu

Pakaian Muslimah Uighur Dikoyak, Isteri Diganggu

Pakaian Muslimah Uighur Dikoyak, Isteri Diganggu

1. Pelbagai kezaliman melanda Muslimah kita di China. Kalau sebelum ini pakaian Muslimah digunting kerana dikatakan terlalu labuh, awal bulan ini Astro Awani melaporkan pula bagaimana isteri kaum Muslim disana pula dipaksa sekatil dengan pegawai yang datang menyiasat rumah mereka.

2. Insiden ini mengingatkan kita bagaimana kesungguhan seorang Muslim di zaman Rasulullah yang mempertahankan maruah wanita Muslimah yang diganggu di Pasar Bani Qainuqa’. Tindakan mempertahankan Muslimah tersebut menyebabkan beliau terkorban dan akhirnya Rasulullah mengutuskan tenteranya untuk mempertahankan hak Muslim.

3. Al-Imam al-Bayhaqi pula menceritakan bagaimana seorang lelaki Yahudi telah melakukan tindakan kurang sopan terhadap seorang perempuan Muslimah pada zaman Saidina Umar. Ketika insiden tersebut berlaku, ‘Auf ibn Malik datang membela wanita muslimah itu lalu memukul lelaki Yahudi tersebut. Yahudi itu marah (kerana dipukul), lalu dia mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar.

3.1 Umar menghantar Suhayb untuk menyiasat perkara itu dan ternyata perempuan tersebut telah dicabul. Umar lalu berkata: “Bukan sebegini perjanjian keamanan yang kami berikan kepada kamu”. Umar lalu mengarahkan lelaki tersebut dihukum.

(Penjelasan lebih lanjut: https://www.academia.edu/37863988/Konsep_Rahmatan_Lil_Alamin_Dalam_Hadith_Penerokaan_Makna_Serta_Aplikasi_Di_Malaysia)

4. Ibn al-Athir pula meriwayatkan kisah yang masyhur tentang seorang wanita Muslimah yang menjadi tawanan ketika Zibatra (Sozopetra) ditawan oleh tentera Byzantine Rom. Tawanan wanita ini dianiya sehingga beliau menjerit: Wa Mu’tasamah! (Wahai Mu’tasim!) bagi meminta tolong dari Khalifah Abbasiyyah ketika itu.

4.1 Rintihan wanita ini didengari oleh seorang Muslim lalu segera menyampaikan berita tersebut kepada Khalifah. al-Mu’tasim mempersiapkan bala tenteranya bagi mempertahankan tanah Muslim yang dicerobohi oleh tentera Muslim sehingga mereka menang.

5. Begitulah bersungguhnya Rasulullah, para sahabat serta Khalifah terdahulu mempertahankan maruah wanita Muslimah. Hari ini Muslimah kita diuji dengan pelbagai ujian yang menyedihkan.

BACA:  Sister in Islam Membantah Jabatan Agama

Semoga Allah memelihara kaum Muslimin diseluruh dunia.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel