Sebuah buku fiksyen bertajuk The Eyes of Darkness pernah menceritakan tentang sejenis virus yang digunakan sebagai senjata biologi, dengan nama Wuhan-400.
Menariknya, buku tulisan oleh Dean Koontz ini diterbitkan pada tahun 1981, iaitu 39 tahun yang lalu sebelum wabak yang kini dikenali sebagai COVID-19 mula merebak ke seluruh dunia.
Buku berkenaan menceritakan seorang ibu, Christina Evans yang merantau mencari anaknya yang hilang ketika sedang berkhemah. Hasil pencariannya menemui anaknya itu ditahan dalam satu kem tentera dan dijangkiti virus yang dibuat di sebuah pusat kajian yang terletak di Wuhan, China.
Pusat kajian berkenaan dilaporkan merujuk kepada Wuhan Institute of Virology, yang terletak hanya 32km daripada lokasi pertama Covid-19 ditemui.
Bukan itu sahaja, penulis Lindsay Harrison yang menulis buku End of Days: Predictions and Prophecies About the End of the World pada tahun 2008 juga pernah menulis satu kemungkinan yang akan terjadi pada tahun 2020, iaitu sejenis penyakit seperti pneumonia yang akan tersebar ke seluruh dunia.
Kedua-dua buku berkenaan kini mencuri perhatian ramai khasnya para penyelidik.