Nikkoken popular dengan hidangan Halal Gyouza. Isi dalam diperbuat daripada tempeh. Ya, tempeh yang selalu orang Malaysia/Indonesia makan bersama Ayam Penyet tu. Disebabkan menu ni sangat sedap, terkenal dan disukai ramai, ada restoran lain yang buat ‘dropship’ menu ini, diambil dan dijual pula direstoran mereka untuk menarik pengunjung.
Kepakaran mereka atau menu istimewa yang mereka hasilkan yang wajib anda cuba adalah Miso Ramen dan Beef Tongue Ramen (ya, lidah lembu, saya tak salah ejaan.) Restoran ini terletak di hadapan Sano Station, Tochigi.
Alamat: Wakamatsucho, 138, Sano, Tochigi (Halal dishes are available upon request, some non-Halal dishes are served, uses separate utensils for Halal dish)


Sumber: 2290musafir.blog
