Setelah 27 tahun penyakit polio ‘pupus’ di Malaysia, kita digemparkan dengan kes polio yang telah dijangkiti oleh seorang bayi 3 bulan di Sabah.
Oleh kerana ia telah lama lenyap, mungkin ramai yang nak tahu apa sebenarnya penyakit polio, adakah ia merbahaya dan bagaimana pula ia boleh berjangkit.
Berikut adalah beberapa fakta tentang polio yang perlu kita tahu, terutamanya ibu bapa yang ada anak kecil.
5 PERKARA TENTANG POLIO YANG IBU AYAH KENA ALERT
1. APAKAH POLIO?
Menurut portal MyHealth, Polio atau poliomyelitis adalah akibat jangkitan virus polio yang merosakkan sistem saraf pusat.
Virus polio lazimnya menjangkiti kanak-kanak bawah 5 tahun yang belum mendapat pelalian vaksin / imunisasi. Walau bagaimanapun virus ini juga boleh menjangkiti orang dewasa.
2. CARA JANGKITAN
Jangkitan berlaku dari seorang individu kepada individu yang lain melalui transmisi faecal-oral. Ini bermaksud kontaminasi dengan najis dari individu yang dijangkiti. Kanak-kanak yang belum dilatih menggunakan tandas boleh menyebarkan virus dengan mudah, tanpa mengira keadaan persekitaran mereka.
Jangkitan virus polio biasanya berlaku dalam saluran gastrousus (GI) dan merebak ke kelenjar limfa setempat. Dalam kes tertentu ia merebak ke sistem saraf pusat.
3. SIMPTOM POLIO
Kebanyakan orang yang dijangkiti dengan virus polio tidak menunjukkan tanda jangkitan dan tidak sedar sudah dijangkiti.
Tanda awal polio mungkin tidak banyak bezanya dengan penyakit biasa seperti demam, lesu, sakit kepala, muntah, kejang leher dan anggota badan terasa sakit.
Menurut Majalah Sains, mereka yang tidak menunjukkan tanda ini juga boleh menyebarkan jangkitan secara senyap kepada beribu-ribu orang lain sebelum kes lumpuh polio pertama muncul!
Pesakit boleh menjadi lumpuh sekiranya virus ini menyerang sistem saraf pusat. Pesakit akan mengalami sakit otot dan kaku di bahagian leher dan belakang.
Lumpuh biasanya tidak simetri (bukan pada kedua-dua belah anggota) dan pesakit mengalami demam sebelum lumpuh peringkat awal. Kaki lebih kerap terjejas berbanding tangan.

4. RAWATAN
Polio adalah penyakit yang tidak boleh diubati. Pilihan yang ada bagi penghidap polio hanya rawatan meredakan gejala.
Rawatan diberikan semasa fasa akut sehingga ke peringkat komplikasi lumpuh. Peralatan pernafasan diperlukan bagi pesakit yang mengalami kelumpuhan otot pernafasan.
Terapi fizikal dilakukan untuk memaksimumkan fungsi otot selepas menjadi lumpuh bagi mencegah kecacatan lain yang muncul lewat.
Semua rawatan ini hanya boleh memperbaiki mobiliti; tiada rawatan sedia ada atau ubat yang boleh memulihkan kelumpuhan kekal.
5. VAKSIN POLIO DI MALAYSIA
Dalam usaha mencegah Polio di Malaysia, vaksin Polio diberi ketika berumur 2, 3, dan 5 bulan dengan dos tambahan pada umur 18 bulan mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan di Malaysia.
Dengan melengkapkan kesemua suntikan ini memberikan perlindungan dari jangkitan polio ini sebanyak 99% ke 100%.
Jangan risau, vaksin terhadap polio yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini adalah selamat dan berkesan!
AMALKAN LANGKAH PENCEGAHAN
Antara panduan mencegah jangkitan Polio adalah seperti berikut:
- Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas.
- Pastikan sanitari baik, gunakan tandas dengan sistem kumbahan yang baik.
- Didihkan air minuman atau minum air yang dibotolkan atau air berkarbonat. (pastikan pembalut penutup botol tidak rosak).
- Makan makanan yang tidak memerlukan banyak pengendalian. Kupas kulit buah-buahan. Elakkan salad atau ulam-ulaman (sayuran yang tidak dimasak).
- Memakan hidangan bufet sebaik sahaja dihidang.
- Elakkan makan makanan berbungkus yang dijual di tepi jalan.
- Menurut KKM, penyakit polio merupakan penyakit yang wajib dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Bagi memastikan Malaysia bebas daripada penyakit polio, pemantauan gejala penyakit yang menyerupai gejala penyakit polio iaitu Acute Flaccid Paralysis (AFP) dijalankan kepada kanak-kanak berumur kurang daripada 15 tahun di semua fasiliti kesihatan di Malaysia.
Ini bermaksud, ia adalah wabak yang serius dan perlu kita alert dengan kehadirannya. Oleh itu, ibu ayah pastikan faham maklumat ini dan jangan lupa temujanji imunisasi anak-anak ya!
Sumber: siraplimau.com