≡ Menu

Minuman Berkarbonat, Minuman Perosak Kesihatan

Minuman Berkarbonat, Minuman Perosak Kesihatan

Minuman berkarbonat adalah minuman yang sangat biasa di ambil oleh masyarakat kita hari ini terutama dalam musim perayaan macam Hari Raya sekarang ini.

Minuman berkarbonat ini mengandungi pelbagai jensi bahan kimia seperti sodium benzoate, asid fosforik, asid karbonik, kafein, gula (sukrosa, fruktosa dll). Minuman ini juga di masukkan gas karbon dioksida untuk menjadikannya ‘bergas’ atau ‘berkarbonat’ untuk menambahkan kelazatan minuman tersebut.

1 Jam Selepas Minum Air Coca Cola Coke

DI ANTARA BAHAYA PENGAMBILAN MINUMAN BERKARBONAT ADALAH:

1. MENYEBABKAN MASALAH DIABETES

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kajian menunjukkan pengambilan minuman berkarbonat meningkatkan risiko penyakit diabetes jenis 2 . Punca kenapa kadar diabetes semakin meningkat setiap tahun adalah kerana pengambilan gula dalam minuman proses. Statistik menunjukkan 10% perbelanjaan kesihatan adalah untuk merawat penyakit diabetes.

2. MENYEBABKAN MASALAH KARDIOVASKULAR & PENYAKIT JANTUNG

Penyakit jantung dan kardiovaskular adalah berpunca daripada masalah saluran darah menjadi keras (atherosklerosis) yang berpunca daripada masalah keradangan tinggi. Bahan kimia dan kandungan gula yang tinggi dalam minuman berkarbonat ini menyebabkan masalah keradangan dan trigliserida dan LDL teroksida meningkat. Ini meningkatkan risiko penyakit jantung dan kardiovaskular .

Kebanyak minuman berkarbonat mengandungi ‘gula jagung berfruktosa tinggi’ (HFCS) yang telah di buktikan dengan kajian sains bahawa ianya sangat berkait rapat dengan masalah penyakit kardiovaskular , penyakit jantung, obesiti dan diabetes.

Statistik tahun 2006 menunjukkan 1 daripada 4 kematian adalah kerana penyakit jantung koronari, iaitu penyakit pembunuh utama di Malaysia .

3. MASALAH OBESITI

Obesiti adalah sangat berkaitan dengan masalah pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan dan minuman. Minuman berkarbonat mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ini menyebabkan masalah obesiti . Kandungan fruktosa yang tinggi dalam minuman berkarbonat ini menyebabkan masalah rintangan insulin dan ia menjadi punca masalah obesiti . Sila rujuk artikel saya tentang masalah rintangan insulin dan obesiti.

Obesiti bukan berpunca kerana pengambilan berlebihan kalori, tetapi kerana masalah gangguan hormon insulin yang menyebabkan pengumpulan lemak. Kajian menunjukkan setiap botol atau tin minuman berkarbonat yang di ambil akan meningkatkan risiko obesiti 1.6 kali ganda. Obesiti adalah 70% berkait dengan penyakit kardiovaskular adalah berkait dengan masalah obesiti. 30% masalah batu hempedu adalah berkaitan dengan obesiti. Kajian juga menunjukkan fruktosa tinggi juga menyebabkan masalah gangguan hormon leptin dan ghrelin.

BACA:  Pesakit Diabetes Wajib Tahu 6 Tip Doktor Ini Sebelum Makan Nasi Untuk Kawal Gula

4. MASALAH HATI BERLEMAK & GOUT

Kandungan minuman berkarbonat yang tinggi dengan fruktosa daripada gula pasir (sukrosa) dan gula jagung tinggi fruktosa (HFCS) akan menyebabkan masalah hati berlemak (NAFLD). Kandungan fruktosa yang tinggi ini akan menyebabkan kebanjiran fruktosa dalam organ hati dan sel-sel hati akan menukar fruktosa ini menjadi lemak yang di simpan di dalam hati. Ini menyebabkan berlakunya masalah ahti berlemak dan boleh melarat menjadi keradangan hati (NASH). Seseorang yang di diagnosa mempunyai masalah hati berlemak perlu berhenti mengambil minuman berkarbonat, minuman jus dan semua makanan yang ada kandungan HFCS.

Masalah hati berlemak juga berkaitan dengan masalah paras asid urik yang tinggi iaitu masalah gout. Kajian menunjukkan pengambilan fruktosa tinggi akan menyebabkan paras asid urik meningkat dalam tubuh.

5. MENINGKATKAN RISIKO KANSER

Kajian menunjukkan kaitan kuat di antara pengambilan gula dan fruktosa tinggi dengan risiko mendapat kanser.

Kajian menunjuukan kaitan kuat di antara kanser pankrean dengan pengambilan minuman berkarbonat yang bergula tinggi.

Kajian juga menunjukkan kaitan kuat di antara kanser rahim (endometrium) dengan pengambilan minuman berkarbonat. Tidak hairanlah kenapa kita dapati hari ini kejadian penyakit kanser semakin meningkat atas faktor ini.

6. PUNCA BERLEBIHAN PENGAMBILAN GULA TANPA SEDAR

Kandungan Gula Air Berkarbonat

Kandungan gula yang sangat tinggi dalam minuman berkarbonat ini adalah sumber pengambilan berlebihan gula. Kajian menunjukkan selepas 20 minit mengambil minuman berkarbonat, maka paras glukosa darah akan memuncak dengan sangat cepat.Insulin akan meningkat dan akan menolak semua glukosa ke dalam sel-sel lemak. Organ hati akan bertindak mengubah fruktosa menjadi lemak di simpan dalam sel-sel hati.

Selepas 40 minit, kafein di dalam minuman bersoda akan di serap semuanya , anak mata akan mengembang dan tekanan darah meningkat. Sebagai respon, organ hati akan membebaskan lebih banyak glukosa tambahan dalam darah dan reseptor adenosin dalam otak di tutup dan menjadikan seseorang lebih peka dan hilang mengantuk.

Selepas 45 minit, dopamin akan meningkat dan menjadikan seseorang lebih tenang dan gembira. Selepas beberapa jam semua glukosa dalam darah akan di tolak masuk ke dalam sel-sel lemak dan glukosa mula turun dalam darah dan menjadikan seseorang mula terasa ingin mengambil minuman manis berkarbonat semula, dan kitaran yang sama akan terjadi.

BACA:  Elakkan Membeli Makanaan yang Di Bungkus dan Ditutup Dengan Menggunakan Stapler

Gula dan fruktosa tinggi adalah bahan yang sangat adiktif atau ketagihan yang menjadikan ianya susah nak berhenti .

7. MENYEBABKAN PENYAKIT ASTHMA

Sodium benzoat dalam minuman berkarbonat adalah sebagai bahan pengawetnya untuk anti kuman. Bahan pengawet dengan sodium ini akan menambahkan sodium dalam tubuh dan mengurangkan paras potasium. Reaksi kepada sodium benzoat ini akan menyebabkan masalah ruam kulit, ekzema dan asthma.

8. MEROSAKKAN BUAH PINGGANG

Bahan asid fosforik yang terdapat dalam minuman berkarbonat akan menyebabkan terjadinya batu karang buah pinggang dan pelbagai masalah buah pinggang yang lain.

9. MENGGANGGU KESUBURAN

Tin aluminum yang digunakan dalam produk minuman berkarbonat akan di selaputi dengan bahan BPA (bisphenyl-A). Bahan BPA ini adalah karsinogen yang boleh menyebabkan kanser dan boleh mengganggu hormon dan menyebabkan gangguan kesuburan dan baligh pra-matang.

10. MASALAH REPUT TULANG (OSTEOPOROSIS)

Minuman berkarbonat mengandungi bahan asid fosforik, dan ia adalah sumber fosfat yang tinggi. Paras fosfat yang tinggi akan menyebabkan masalah reput tulang (osteoporosis) kerana pemecahan jisim tulang. Apabila fosfat di keluarkan oleh buah pinggang, maka ia akan membawa bersamanya kalsium dan ini menyebabkan kalsium di keluarkan daripada tulang dan menyebabkan tulang menajdi lemah dan rapuh. Osteoporosis adalah lebih banyak berlaku di kalangan wanita berbanding kaum lelaki.

11. MASALAH KEROSAKAN GIGI DAN GUSI

Gula yang tinggi, asid fosforik dan asid karbonik di dalam minuman berkarbonat boleh merosakkan enamel gigi dan menyebabkan gigi berlubang dan bengkak gusi. Masalah gigi berlubang akan melarat sehingga ke akar gigi dan boleh menyebabkan masalah gusi bernanah dan menjadi sangat sakit dan bengkak gusi akan terjadi .

Jelas daripada senarai kerosakan kesihatan yang di akibatkan oleh minuman berkarbonat atau ‘air gas’ ini adalah serius dan akan menyebabkan pelbagai komplikasi yang mengancam nyawa. Oleh kerana itu, kita perlu meninggalkan minuman jenis ini demi untuk kesihatan yang lebih baik, Insyaallah.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS (Manipal) , MScAARMMA (UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE (MAHE)

RUJUKAN:

1. Jegatheesan P, De Bandt JP. Fructose and NAFLD: The Multifaceted Aspects of Fructose Metabolism. Nutrients. 2017;9(3):230. Published 2017 Mar 3. doi:10.3390/nu9030230
2. Ludwig DS, Peterson KE, Gortmaker SL. Relation between consumption of sugar-sweetened drinks and childhood obesity: a prospective, observational analysis. Lancet. 2001;357(9255):505‐508. doi:10.1016/S0140-6736(00)04041-1
3. Page KA, Chan O, Arora J, et al. Effects of fructose vs glucose on regional cerebral blood flow in brain regions involved with appetite and reward pathways [published correction appears in JAMA. 2013 May 1;309(17):1773]. JAMA. 2013;309(1):63‐70. doi:10.1001/jama.2012.116975
4. Pollock NK, Bundy V, Kanto W, et al. Greater fructose consumption is associated with cardiometabolic risk markers and visceral adiposity in adolescents [published correction appears in J Nutr. 2013 Jan;143(1):123]. J Nutr. 2012;142(2):251‐257. doi:10.3945/jn.111.150219
5. Basciano H, Federico L, Adeli K. Fructose, insulin resistance, and metabolic dyslipidemia. Nutr Metab (Lond). 2005;2(1):5. Published 2005 Feb 21. doi:10.1186/1743-7075-2-5
6. Aeberli I, Hochuli M, Gerber PA, et al. Moderate amounts of fructose consumption impair insulin sensitivity in healthy young men: a randomized controlled trial. Diabetes Care. 2013;36(1):150‐156. doi:10.2337/dc12-0540
7. Jung CH, Kim MS. Molecular mechanisms of central leptin resistance in obesity. Arch Pharm Res. 2013;36(2):201‐207. doi:10.1007/s12272-013-0020-y
8. Yudkin J. Sugar and ischaemic heart disease. Practitioner. 1967;198(187):680‐683.
9. Yudkin J. Dietary factors in arteriosclerosis: sucrose. Lipids. 1978;13(5):370‐372. doi:10.1007/BF02533732
10. Liu S, Willett WC, Stampfer MJ, et al. A prospective study of dietary glycemic load, carbohydrate intake, and risk of coronary heart disease in US women. Am J Clin Nutr. 2000;71(6):1455‐1461. doi:10.1093/ajcn/71.6.1455
11. Mueller NT, Odegaard A, Anderson K, et al. Soft drink and juice consumption and risk of pancreatic cancer: the Singapore Chinese Health Study. Cancer Epidemiol Biomarkers Prev. 2010;19(2):447‐455. doi:10.1158/1055-9965.EPI-09-0862
12. Inoue-Choi M, Robien K, Mariani A, Cerhan JR, Anderson KE. Sugar-sweetened beverage intake and the risk of type I and type II endometrial cancer among postmenopausal women. Cancer Epidemiol Biomarkers Prev. 2013;22(12):2384‐2394. doi:10.1158/1055-9965.EPI-13-0636
13. Bowen WH, Lawrence RA. Comparison of the cariogenicity of cola, honey, cow milk, human milk, and sucrose. Pediatrics. 2005;116(4):921‐926. doi:10.1542/peds.2004-2462
14. Jamnik J, Rehman S, Blanco Mejia S, et al. Fructose intake and risk of gout and hyperuricemia: a systematic review and meta-analysis of prospective cohort studies. BMJ Open. 2016;6(10):e013191. Published 2016 Oct 3. doi:10.1136/bmjopen-2016-013191
15. Avena NM, Rada P, Hoebel BG. Evidence for sugar addiction: behavioral and neurochemical effects of intermittent, excessive sugar intake. Neurosci Biobehav Rev. 2008;32(1):20‐39. doi:10.1016/j.neubiorev.2007.04.019

BACA:  Bagaimana Untuk Mengelakkan Diri Daripada ‘Overthinking’
Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel