≡ Menu

Perlukah Melakukan Sujud Syukur Dengan Menghadap Kiblat

Perlukah Melakukan Sujud Syukur Dengan Menghadap Kiblat

Sujud syukur ialah sujud yang dilakukan kerana memperoleh sesuatu nikmat untuk menzahirkan rasa syukur dan kegembiraan kita kepada Allah SWT.

Melalui pendapat jumhur ulama, ada beberapa keadaan yang disunatkan untuk melakukan sujud syukur seperti ketika mendapat sesuatu nikmat sama ada yang disangka-sangka mahupun tidak dan juga ketika diri terhindar daripada bahaya.

Dapat difahami di sini bahawa sujud syukur bukan hanya terhad apabila mendapat nikmat sahaja, namun dalam apa jua bentuk keselamatan yang diberikan.

Ada sebuah hadis nabi SAW daripada Abu Bakrah RA yang menyebutkan mengenai dalil pensyariatan sujud syukur, iaitu;

Maksud: “Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan terhadap yang gembira dengannya akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Al-Albani)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dibolehkan untuk terus turun melakukan sujud syukur apabila mendapat berita gembira. Namun, menjadi persoalan; adakah perlu melakukan sujud syukur dengan menghadap kiblat?

Menurut pendapat yang telah diberikan oleh Imam Ibnu Taimiyah, ia tidak disyaratkan menghadap kiblat kerana ia bukan amalan solat.

Melalui penerangan daripada Mufti Wilayah juga, sujud syukur tidak perlu dilakukan dalam keadaan menghadap kiblat kerana tiada dalil yang menyebut akan syarat tersebut.

Jadi, boleh sahaja untuk terus turun melakukan sujud tanpa menghadap kiblat. Namun, jika mengetahui akan arah kiblat, boleh turun sujud ke arahnya.

Wallahu a’alam.

 

Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Kerap Terlepas Subuh? Ini Tips Untuk Mengatasinya