≡ Menu

Suami Perlu Lantik Isteri Jadi ‘Gabenor Bank Keluarga’ Jika Ini Berlaku Dalam Perbelanjaan Keluarga

Suami Perlu Lantik Isteri Jadi ‘Gabenor Bank Keluarga’ Jika Ini Berlaku Dalam Perbelanjaan Keluarga

Ramai pasangan suami isteri yang bergelut dengan kewangan keluarga selepas kahwin. Ini kerana mereka tidak sedar akan pentingnya pengurusan kewangan yang baik.

Persoalannya, siapa yang bertanggungjawab untuk menguruskan kewangan keluarga dan pembahagiaan perbelanjaan isi rumah?

Menurut perkongsian Dr Azizul Azli Ahmad, suami seharusnya melantik isteri memikul tugas penting sebagai ‘Gabenor Bank Keluarga’ untuk membuat kira-kira dan menentukan bajet bulanan.

LANTIK ISTERI JADI GABENOR BANK KELUARGA

1. Jika selama perkahwinan ini gaji kita hanya mampu bertahan dua minggu sahaja, minggu berikutnya berbaki RM10.37 sahaja.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. Sudah masanya, kita melantik isteri sebagai Gabenor Bank Keluarga kita.

3. Saya yakin para isteri mampu memainkan peranan sebagai penentu bajet keluarga, tugas gabenor baru;

+ Tahu gaji suami berapa
+ Sediakan perancangan kewangan keluarga
+ Catat segala belanja
+ Usaha kurangkan belanja tidak perlu.
+ Sediakan panduan perbelanjaan keluarga
+Berusaha tingkatkan pendapatan keluarga
+ Sediakan hukuman jika langgar panduan perbelanjaan keluarga.
+Rancang, bila nak ada rumah pertama

4. Langkah pertama tunjuk slip gaji pada isteri dan biarkan mereka merancang kewangan keluarga.

5. Kita ternyata gagal. Buku Penyata Perancangan Wang Keluarga (BPPKK) oleh Bank Negara hanya seringgit cuma jika beli di BNM.

6. Sudah masanya kita tukar jurulatih yang lain jika pasukan kita tak pernah menang liga, asik jaring gol sendiri aja.

Isteri mesti teruja jika kita lantik mereka jaga belanja keluarga bersama. Tetapi pastikan isteri kita buka ‘kaki Lazida dan Shopie sepanjang masa. Gelap masa depan keluarga kita.

Azizul Azli Ahmad

#BuatSuratLantikanSegera
#Kongsikan segera agar suami atau isteri membaca mereka terjuga bina keluarga bahagia bersama sama.

BACA:  Subhanallah! Cukur dan timbanglah rambut anak ketika lahir 7 hari. Tak Sangka ini hikmahnya.

 

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel