Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.
Soalan : Ustaz, saya ingin bertanya sesuatu. Saya mempunyai seorang ibu yang duduk dengan kami sekeluarga. Tetapi semenjak suami saya rasa dirinya diperkecilkan dan abang saya yang seorang mengambil kesempatan diatas kelembutannya, sepeeti tidak ambil tahu ttg ibu saya & melepaskan tanggungjawab menjaga dan memberi makan keatas bahu syami saya, beliau rasa terpaksa bertegas dan ingin abang saya mengambil berat ttg kebajikan ibu saya. Suami saya juga pernah menyuarakan kpd ibu agar tidak bermastautin di rumah seorang anak sahaja. Bergerak2lah ke rumah anak2 yg lain sambil bermesra dgn cucu2 yg lain. Tetapi ibu saya sering mendapati suami saya seperti tidak suka beliau dan menghalau beliau dari rumah saya. Adakah salah apa yg suami saya buat itu. Patutkah suami saya berterus terang begitu? Suami saya kata saya pwrlu mendengar cakapnya kerana saya ni isteri & tidak patut membantah. Adakah benar perbuatan kami? Suami saya juga berkata saya sepatutnya mendengar cakap dia sebagai suami dan buka ibu saya.
Jawapan :
Masaalah perhubungan di antara ibu mertua dengan anak menantu perlulah dijaga supaya tidak wujud pergeseran dan salah faham di antara mereka. Perbalahan boleh membawa kepada fitnah memfitnah dan mengaibkan di antara satu sama lain dan boleh memutuskan silaturahim, sedangkan memutuskan silaturahim boleh membawa kemurkaan Allah SWT dan hilang keberkatan di dalam kehidupan.
Puan sebagai anak perempuan dan boleh menjadi orang tengah di antara suami , emak puan dan abang puan. Berbaik-baiklah jangan bermasam muka kerana dilarang tidak bertegur sama lebih daripada 3 hari.“Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”. (Hadis Riwayat Muslim no 6697).
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW. menyebut balasan perbuatan ini :
Maksudnya : “Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi tiga hari, maka barangsiapa yang tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari, nescaya akan masuk neraka”. ( Hadis Riwayat Abu Dawud : no 4914).
Hadis riwayat Aisyah r.a., ia berkata:Rasulullah SAW. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada Arsy, ia berkata: “Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya.” (Hadis Shahih Riwayat Muslim)
Hadis riwayat Jubair bin Muth`im ra.: Dari Nabi SAW. bahwa beliau bersabda: “Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadis Shahih Riwayat Muslim )
Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW. bersabda: “Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturahmi).”
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)
Credit gambar: iKahwin.my