≡ Menu

40 Sifat Buruk Yang Harus Dijauhi Suami

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Facebook.

Berikut adalah 40 Sifat Buruk Yang Harus Dijauhi Suami:

1. Tidak tepat dalam memilih isteri ;

2. Malas bekerja dan mengharapkan gaji daripada isteri

3. Memukul Isteri dengan keras dan menghinakannya ;

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

4. Memberi Mudharat kepada Isteri dengan melakukan ila’ (seorang laki-laki yang marah pada isterinya, lalu ia bersumpah untuk tidak mendekatinya) melebihi batas ketentuan Allah ;

5. Menyusahkan isteri untuk menghilangkan hak-haknya ;

6. Menggauli isteri yang sedang haid dan nifas ;

7. Mendatangi wanita pada duburnya ;

8. Menyebarkan rahsia isteri kepada rakan-rakannya ;

9. Tidak mengajarkan Islam kepada isteri dan membiarkannya melakukan perbuatan-perbuatan haram ;

10. Berusaha mengubah tabiat isteri dengan kekerasan ;

11. Melalaikan pendidikan anak-anak

12. Terlalu lama meninggalkan isteri ;

13. Curiga dan berprasangka buruk terhadap isteri ;

14. Tidak bersikap adil diantara para isteri (jika suami berpoligami)

15. Tidak membantu isterinya yang kepenatan urusan rumah tangga

16. Tidak memberi nafkah yang cukup walaupun suami berkemampuan .

17. Tidak sabar menghadapi tabiatnya ;

18. Menzalimi ibu demi isteri ;

19. Memaksa isteri untuk melakukan yang haram ;

20. Terperosok ke dalam fitnah isteri dan anak -anak

21. Meninggalkan gurau senda dan berjenaka bersama isteri

22. Mengabaikan adab-adab Islam terhadap isterinya ;

23. Tidak memperhatikan atau menjaga kesihatan isteri ;

24. Hidup dengan satu irama (tidak ada inovasi) ;

25. Melecehkan isteri kerana keluarganya ;

26. Berlebihan dalam menetapkan sesuatu yang di harapkan ada pada isterinya;

BACA:  Empat Perkara Sebelum Tidur Walau Sesibuk Manapun Dengan Tugas Harian

27. Suami menganggap dirinya selalu benar ;

28. Terlalu sensitif terhadap perkataan isteri ;

29. Tidak menghargai sifat khusus yang di miliki oleh wanita ;

30. Besar pasak dari pada tiang ;

31. Suka menggunakan kuasa veto terhadap isteri dan anak-anak

32. Melarang isteri untuk berbakti kepada keluarganya atau menziarahinya

33. Tidak mengikuti petunjuk Islam dalam memperbaiki isteri yang membangkang ;

34. Menjatuhkan talak kepada isteri yang sedang haid ;

35. Menjatuhkan talak tiga sekaligus ;

36. Mengeluarkan isteri dari rumahnya setelah talak Raj’i

37. Menceritakan keburukan isteri setelah mentalaknya.

38. Suka mentaklik isteri dengan sesuatu bila marah

39. Suka maki hamun isteri bila marah

40. Menganggap harta isteri macam hartanya sendiri.

Sslamat Beramal…!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel