≡ Menu

“Kerja Kilang Je, Umur Muda Dah Nak Kawin, Boleh ke Hidup?” Tak Hirau Cakap Orang, Rezeki Bertambah Bila Dapat Anak

Bukan senang nak berkahwin pada usia yang muda dengan ekonomi sekrang yang tidak menentu menyebabkan ramai yang takut untuk menghadapi dugaan hidup selepas berumahtangga. Namun, kita sebagai khalifah di muka bumi ini perlu berpegang pada satu satu janji Allah tetap tolong mereka yang menikah.

Ingatlah bahawa rezeki Allah itu luas, paling tidak boleh disangkalkan lagi rezeki lepas berkahwin. Namun, ada segelintir masyarakat yang masih tidak menjaga tutur kata dan sanggup memperlekehkan pekerjaan seseorang.

Seorang wanita di Twitter memakai nama Katyylulu telah memuat naikkan satu bebenang yang menceritakan kisah kehidupannya berkahwin pada usia muda dan menjadi ibu dalam masa yang terdekat walaupun bekerja di sebuah kilang.

“Keje kilang je umur muda dah nak kawen, mengandung pulak haa bole ke nak hidup…”

Ayat inilah menjadi pembakar semangatnya untuk sentiasa positif dalam menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Sebelum ada baby ,suami aku ada motor jee sebijik 125 Alhamdulillah. Ada juga kenderaan nk pergi mana-mana kan…”

“Baby lahir jee alhamdulillah rezeki tu bertambah tambah…”

Bagi wanita ini, walaupun dirinya tidak mendapat pendidikan seperti orang lain, tetapi dia yakin dengan rezeki. Katanya lagi, tidak habis sekolah tak semestinya tidak berjaya. Janganlah kita mempelekehkan apa yang orang ada. Mungkin kekurangan seseorang itu boleh dijadikan sebagai semangat dalam kehidupannya.

 

Sumber: Khadijah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel