≡ Menu

Kementerian Kesihatan Arab Saudi Wajibkan Vaksinasi untuk Jemaah Haji 2021

Kementerian Kesihatan Arab Saudi Wajibkan Vaksinasi untuk Jemaah Haji 2021

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Tawfiq Al-Rabiah telah mengeluarkan arahan bahawa untuk MEWAJIBKAN suntikan vaksinasi C0VID 19 bagi setiap jemaah haji. Mereka yang tidak berbuat demikian tidak akan dibenarkan mengerjakan ibadah haji.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah menjadikannya sebagai suatu kemestian untuk mereka yang mahu mengerjakan ibadah umrah.

Kementerian tersebut memaklumkan bahawa sesiapa sahaja yang berhajat mengerjakan ibadah haji bagi tahun 2021 hendaklah mendapatkan suntikan vaksin untuk kebaikan bersama demi membanteras pendemik C0VID 19.

Jawatankuasa vaksinasi juga telah ditubuhkan bagi memastikan langkah-langkah kesihatan dilaksanakan di tanah suci. Tiada jemaah haji dibenarkan mengerjakan ibadah haji tanpa vaksinasi.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sumber: sepatuputih.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Berita Sedih dari Tanah Suci Kepada Bakal Jemaah Umrah & Haji