≡ Menu

Kekeliruan Liberal Tentang Aurat

Kekeliruan Liberal Tentang Aurat

1. Terdapat seorang liberal yang keliru tentang pensyariatan penutupan aurat. Katanya hukum aurat hanya datang pada zaman Nabi Muhammad. Pernyataan ini tidak benar bahkan bercanggah dengan pandangan beberapa sarjana Muslim berhubung perkara ini.

2. al-Imam al-Qurtubi ketika menghuraikan ayat berhubung hasutan Iblis untuk mengeluarkan Nabi Adam dari syurga, beliau menjelaskan bahawa disinilah bermula perbahasan isu berhubung aurat berlaku. Firman Allah:

فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآتِهِمَا

“Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka.”

3. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Qurtubi menjelaskan:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

في الآية دليل على قبح كشف العورة, وأن الله أوجب عليهما الستر; ولذلك ابتدرا إلى سترها, ولا يمتنع أن يؤمرا بذلك في الجنة; كما قيل لهما “ولا تقربا هذه الشجرة ”

“Dalam ayat ini terdapat dalil yang jelas membuktikan tentang kejelekan membuka aurat, dan Allah telah mewajibkan untuk menutupnya (menutup aurat). Dan disitu titik permulaan kepada penutupannya. Dan tidak ada yang menghalang Allah mengeluarkan arahan (menutup aurat sedemikian) sepertimana arahan kepada Nabi Adam agar menjauhi pokok tersebut.” (Jami li Ahkam al-Quran)

4. Perhatikan disini bagaimana al-Imam al-Qurtubi berpandangan bahawa arahan (atau penghukuman) aurat ini telah bermula di zaman Nabi Adam lagi. Ia jelas bercanggah dengan pandangan seorang feminis liberal yang mengeluarkan kenyataan tanpa mendatangkan dalil yang jelas.

5. Sami Amiri pula (dalam karya beliau yang berjudul “Hijab: Syariat Allah dalam Islam, Yahudi dan Kristian”) berpandangan bahawa hukum aurat telah juga berlaku pada zaman Nabi Sulaiman. Dalam bahagian terakhir dari Tanakh (bahagian akhir dari Old Testament) ada menyebutkan:

BACA:  Buat si cerdik yang berfikir panjang

عيناك من وراء نقابك كحمامتين

“Dan matamu dibelakang Niqab seperti burung merpati.”

Menurut Amiri, ucapan ini dilafazkan oleh Nabi Sulaiman yang secara tidak langsung menggambarkan juga keadaan penutupan aurat berlaku dalam perjalanan umat terdahulu. Bahkan dia menyebutkan ia adalah sebahagian syariat pada zaman tersebut.

6. Dua tokoh yang terkemuka yang menjalankan kajian terhadap Bible, Dr Zakir Naik dan Ahmad Deedat turut pernah menyatakan terdapat banyak bukti dari Bible sendiri yang menjadi asas kepada kewujudan kenyataan berhubung isu “hukum aurat.”

7. Antara petikan yang dijadikan penghujahan dari Bible adalah dari: 1 Corinthians 11:6, yang menyebutkan:

“For if a woman is not covered, let her also be shorn. But if it is shameful for a woman to be shorn or shaved, let her be covered.”

8. Justeru untuk menyatakan bahawa perkara berhubung memelihara aurat tidak pernah berlaku pada umat terdahulu adalah dakwaan yang tidak berasas. Jangan kerana terlalu ghairah untuk mengkritik hukum Allah kita gagal mendatangkan sumber rujukan.

9. Keghairahan liberal dalam mengkritik syariat ini haruslah dipandang serius. Kekeliruan yang ditimbulkan oleh golongan ini tidak lain hanya menjauhkan manusia dari Allah dan RasulNya.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Majlis Ulama ISMA

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel