≡ Menu

Ini Panduan Lengkap Bacaan Tekanan Darah! Kanak-kanak & Orang Dewasa Beza Bacaan?

Ini Panduan Lengkap Bacaan Tekanan Darah! Kanak-kanak & Orang Dewasa Beza Bacaan?

Bagi penderita keadaan kesihatan hipertensi atau hipotensi, adalah sangat penting untuk kalian tahu dan faham tentang perihal tekanan darah manusia.

Ini kerana ia adalah kunci utama dalam memastikan dan mengekalkan tekanan darah sentiasa berada pada tahap yang ideal serta tidak membahayakan.

Persoalannya, bagaimana cara yang betul untuk membaca tekanan darah manusia? Tenang, kami ada jawapannya! Jom kita teruskan membaca artikel ini.

Definisi tekanan darah manusia

Sebelum itu, kita semua perlu faham bahawa tekanan darah itu membawa maksud keadaan atau kekuatan darah yang ada pada salur darah serta organ jantung.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kebiasaannya, ia akan diukur melalui milimeter merkuri (mm Hg) berdasarkan dua angka utama:

  • Tekanan sistolik – Mengukur tekanan pada salur darah semasa organ jantung mengepam darah keluar ke seluruh tubuh badan (angka yang berada di atas)
  • Tekanan diastolik – Mengukur tekanan pada salur darah di antara waktu degup jantung sementara darah kembali kepada organ jantung (angka yang berada di bawah)

Untuk pengetahuan anda, kedua-duanya adalah sangat penting untuk kita semua mengetahui sama ada tekanan darah tersebut normal, terlebih atau terkurang.

Ini kerana ia mampu untuk menjadi sebuah indikator sama ada kalian mengalami masalah tekanan darah tinggi (hipertensi) atau tekanan darah rendah (hipotensi).

Bagaimana untuk tahu ia normal atau tidak?

Dalam usaha menentukan dan mengekalkan tekanan darah, anda perlu tahu angka yang mana adalah ideal serta angka yang perlu diberikan perhatian khusus.

BACA:  Selamat Datang Polio Kepada Anti Vaksin

Berikut adalah cara untuk membaca tekanan darah manusia yang betul bagi individu dewasa:

Sistolik (angka di atas)  Diastolik (angka di bawah)   Kategori tekanan darah
90 ke bawah                    60 ke bawah                              Hipotensi
91 ke 119                           61 ke 79                                       Normal
120 ke 129                        Sekitar 80                                  Pra Hipertensi
130 ke 139                        80 ke 89                                     Hipertensi Tahap 1
140 ke atas                       90 ke atas                                   Hipertensi Tahap 2
180 ke atas                      120 ke atas                                  Krisis Hipertensi

Berdasarkan angka-angka ini, maka setiap individu boleh mengetahui risiko sama ada mereka termasuk dalam kategori tekanan darah berbahaya atau tidak.

Sebagai contoh, jika tekanan darah anda adalah 180/120, ia menunjukkan bahawa anda berada dalam kategori krisis hipertensi dan memerlukan rawatan segera.

Namun, ketahuilah bahawa ukuran tekanan darah manusia ini adalah berbeza mengikut usia!

Ini Panduan Lengkap Bacaan Tekanan Darah! Kanak-kanak & Orang Dewasa Beza Bacaan?

Bagaimana pula dengan golongan kanak-kanak?

Bagi golongan dewasa (termasuk remaja dan warga emas), anda boleh menjadikan jadual di atas sebagai panduan untuk mengukur tekanan darah anda.

Namun bagi golongan kanak-kanak pula, ia mungkin akan sedikit berbeza memandangkan tubuh badan mereka masih belum mencapai kematangan sepenuhnya.

Dalam pada itu, ukuran tekanan bagi kanak-kanak turut dipengaruhi oleh beberapa faktor risiko:

  • Usia
  • Jantina
  • Berat badan
  • Tinggi badan

Sekiranya anda sebagai ibu bapa bimbang akan masalah ini, sila berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor pakar pediatrik untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut.

Ini cara mengukur tekanan darah yang betul!

Sebenarnya, terdapat beberapa cara untuk mengukurnya dan yang paling mudah adalah dengan mengunjungi pakar perubatan di klinik, hospital atau farmasi.

Anda juga mungkin boleh melakukannya di rumah sendiri dengan menggunakan alat yang sama digunakan oleh doktor iaitu monitor tekanan darah manusia.

American Heart Association menyarankan agar anda menggunakan monitor jenis automatik yang boleh mengukur tekanan darah hanya pada bahagian lengan.

Sebagai alternatif, terdapat juga monitor yang mampu mengukur tekanan di bahagian pergelangan tangan atau jari anda namun dikhuatiri agak kurang tepat.

Ketika memasang alat ini pada bahagian tubuh badan yang dikehendaki, sila pastikan agar anda:

  • Duduk dengan tegak
  • Jangan mengangkat kaki
  • Jangan menyilang kaki
  • Tangan kekal di paras dada
  • Elak bersenam, rokok, alkohol atau kafein 30 minit sebelum mengambil bacaan

Selanjutnya, fahami tekanan darah anda!

Selepas mengambil bacaan tekanan darah anda, sila kembali kepada jadual yang telah kami nyatakan di atas tadi untuk menentukan kategori anda.

BACA:  Jangan Pandang Remeh, “Burnout” Dengan Kerja Boleh Undang Kemurungan!

Sekiranya ia normal, maka tiada apa yang anda mungkin perlu risaukan dan sila kekalkan gaya hidup anda seperti sebelum ini untuk mengelakkan risiko.

Jika berada pada tahap hipotensi, sila pastikan sebabnya terlebih dahulu yang mungkin banyak dikaitkan dengan kondisi lain seperti dehidrasi dan lain-lain.

Kemudian, anda boleh merawatnya dengan cara minum lebih banyak air ataupun mengambil ubatan jika ia adalah disebabkan oleh keadaan kesihatan lain.

Jika berada pada tahap hipertensi, anda perlu lebih berwaspada kerana ia boleh membawa kepada komplikasi berbahaya seperti strok dan sakit jantung.

Sila ubah gaya hidup, diet dan bersenam dengan lebih kerap dalam usaha untuk menurunkan tekanan darah anda ke tahap yang lebih ideal dan normal.

 

Sumber: hellodoktor.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel