≡ Menu

Cara Cari Kiblat Guna Qibla Finder, Tak Payah Download Aplikasi!

Cara Cari Kiblat Guna Qibla Finder, Tak Payah Download Aplikasi!

Setiap kali pergi bercuti di luar negara ataupun berkunjung ke lokasi percutian dalam Malaysia, pasti anda akan berdepan dengan masalah mencari arah kiblat yang betul untuk solat bukan? Walaupun sudah ada aplikasi dalam telefon, bukan semua yang ditunjukkan adalah tepat. Walaupun pihak hotel atau penginapan ada menyediakan tanda arah kiblat tetapi tak salah kalau kita bersedia sekiranya berada di tempat lain. Jadi, tak payah susah susah download aplikasi kerana anda boleh guna cara cari kiblat di Qibla Finder di Google sahaja. Senang dan cepat!

Anda boleh taip sahaja laman web Qibla Finder di Google dan klik pautan tersebut. Tak payah download aplikasi pun untuk guna Qibla Finder ni.

Lepas tu anda ikut sahaja arahan mudah yang diberikan dan Qibla Finder akan paparkan arah kiblat di tempat anda berada. Nanti arah kiblat akan ditunjukkan melalui indikasi berbentuk Kaa’bah di skrin telefon pintar. Nak tahu lebih lanjut macam mana nak guna Qibla Finder ni, tengok video di bawah dan cara-caranya.

1.Mula-mula pergi sahaja ke Google dan cari Qibla Finder.

Cara Cari Kiblat Guna Qibla Finder, Tak Payah Download Aplikasi!
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2.Kemudian, ikut sahaja arahan yang tertera sehingga anda boleh nampak ada paparan kompas di skrin.

Cara Cari Kiblat Guna Qibla Finder, Tak Payah Download Aplikasi!

3. Secara automatik, Qibla Finder akan memberitahu kedudukan manakah yang menghadap kiblat yang betul.

Cara Cari Kiblat Guna Qibla Finder, Tak Payah Download Aplikasi!

4. Dah boleh solat dengan yakin!

Cara Cari Kiblat Guna Qibla Finder, Tak Payah Download Aplikasi!

Jadi, dah tak susah nak cari arah kiblat di mana sahaja anda berada!

 

Sumber: Tiktok @chefbob.sg via siraplimau.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel