SOALAN :
Adakah harus bagi perempuan yang sedang haidh membaca sebahagian dari ayat-ayat Al-Quran ketika hendak tidur?
JAWAPAN :
Harus bagi orang perempuan bahawa membaca ia akan satu ayat atau beberapa ayat Quran kerana memelihara dengannya dari keburukkan seperti ayat Qursi atau An-Nas dan Al-Falaq kerana maksudnya disini bukan membaca Quran tetapi meminta perlindungan.
Yaitu seperti membaca ia akan ‘Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim’ atau ‘Inna lillahi Wa Inna Ialihi Raji’un’.
Maka apabila tidak sedap ia mahu membacanya maka bacalah doa-doa yang lain seperti :
أعوذ بكلمات الله التامَّات من شرِّ ما خلق
artinya : “Aku berlindung dengan segala kalimah Allah yang sangat sempurna dari kejahatan makhluknya.”
atau
بسم الله الذي لا يضرُّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
artinya : “Dengan nama Allah yang tiadalah mudarat serta nama-Nya olih suatu pun pada bumi dan tiada pada langit. Dia Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengetahui.”
wallahua’lam
Sumber: Ustaz Azhar Idrus ( Original )