≡ Menu

Hukum Minum Air Yang Dimasuki Semut

Hukum Minum Air Yang Dimasuki Semut

Apabila berbicara mengenai semut, kita dapat lihat kisah semut yang berada pada zaman Nabi Sulaiman. Antara mukjizat yang diperoleh Nabi Sulaiman adalah boleh berkomunikasi dengan haiwan dan salah satunya adalah dengan semut.

Diceritakan bahawa Nabi Sulaiman memberi ruang kepada kumpulan semut untuk masuk sejenak ke sarangnya sementara rombongan Nabi Sulaiman melalui tempat itu agar semut-semut itu tidak mati dipijak.

Bahkan, dalam beberapa hadis yang lain disebut bahawa hukum membunuh semut adalah haram. Jumhur berpendapat bahawa, selagi ia tidak memberi kemudaratan kepada manusia, maka tidak boleh membunuhnya.

Maksud: “Rasulullah SAW melarang membunuh empat jenis binatang yang melata; “semut, lebah, hudhud dan salah satu jenis burung.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 3215)

Adapun, apa yang sering kita dengar lagi mengenai semut ialah; jika ia dimakan atau diminum, maka ia boleh menyebabkan seseorang mudah lupa.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Disebabkan itu, orang tua-tua kita sering berpesan untuk memeriksa terlebih dahulu makanan atau minuman agar ia bebas daripada semut.

Selalunya, semut akan berada dalam balang gula atau botol air. Kalau tidak diambil perhatian, maka ia akan terus dimakan kerana saiznya yang kecil dan sukar nampak.

Jadi, apakah hukum jika berada dalam situasi sebegini? Apabila dilihat, hukum memakan semut adalah haram kerana ia termasuk dalam kalangan haiwan yang menjijikkan. Ulama juga berpendapat bahawa ia haram kerana darahnya yang tidak mengalir dan matinya adalah bukan kerana sembelihan.

Walau bagaimanapun, jika ia termasuk secara tidak sengaja dan dalam keadaan tidak disedari, maka ia adalah tidak mengapa. Minuman atau makanan tersebut tidak dihukumkan sebagai najis. Ia termsuk sebagai ummu balwa, iaitu perkara yang dimaafkan syarak dan sukar dielakkan.

BACA:  Hukum Membuang Sampah Ke Dalam Tong Sampah Jiran

Namun, perlu melihat kepada dua syarat, iaitu semut tersebut tidak dimasukkan dengan sebgaja dan ia tidak merubah keadaan dengan bau, warna dan rasa.

Justeru, jika ia tidak disedari dan tidak sengaja, maka ia adalah dimaafkan.

Sumber: Mufti Wilayah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel