≡ Menu

Hukum Mengambil Upah Mengajar Al-Quran

Hukum Mengambil Upah Mengajar Al-Quran

Mengajar Al-Quran merupakan tugas yang mulia kerana kita membantu manusia untuk memberi kefahaman terhadap Al-Quran.

Setiap bait ayat yang dibaca ditambah lagi jika ia turut diajar kepada orang lain, maka ia akan menjadi sebuah pahala yang sentiasa mengalir buat kita.

Namun, adakah dibolehkan untuk guru mengaji ini mengambil upah terhadap kelas pengajian Al-Quran ini?

Dalam hal ini, ulama mempunyai khlilaf (perbezaan) pendapat. Ada sebahagian yang mengatakan bahawa ia tidak dibolehkan dan ada sebahagian lagi yang membolehkan.

#1 – Tidak Boleh Mengambil Upah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sebahagian ulama seperti Ibnu Syihab Al-Zuhri dan Imam Abu Hanifah tidak membenarkan pengambilan upah dari mengajar Al-Quran.

Sebahagian ulama melihat kepada dalil Allah yang menyebut:

Mafhum: “Sesiapa yang berkeadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya.

Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain dengan daripada azab neraka, dan pada hari itu, gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah Hud, 11:15-16)

#2 – Boleh Mengambil Upah

Bagaimanapun, ada sebahagian ulama lagi yang menyebut bahawa dibolehkan mengambil upah daripada penerima. Namun, mereka menyebut bahawa nilai tersebut perlu dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Pendapat ini dipersetujui oleh Imam Malik dan daripada kalangan Imam Syafi’e.

BACA:  6 Rahsia Di Sebalik Surah Al-Fatihah

Berdasarkan sebuah hadis yang menyebut bahawa dibolehkan mengambil pemberian orang di atas usaha yang telah dilakukan;

Maksud: “Sesungguhnya sekelompok Sahabat Nabi SAW turun di suatu lembah. Kemudian, ada di antara mereka terkena sengatan. Seorang penduduk dari lembah bertanya kepada mereka: “Adakah ada di antara anda yang pakar meruqyah karena ada orang dari lembah terkena sengatan?”

Maka, salah seorang di antara para sahabat telah datang dan membacakan surat al-Fatihah dengan imbalan seekor kambing. Kemudian, apabila sembuh, mereka memberikan kambing kepada lelaki itu sebagai upah. Ada di kalangan mereka yang tidak bersetuju dengan perbuatan itu.

Mereka berkata: “Adakah anda dibenarkan mengambil upah dari Kitab Allah?“

Apabila mereka tiba di Madinah, perkara ini ditanyakan kepada Rasulullah SAW. Maka Baginda bersabda: “Sesungguhnya yang paling berhak anda ambil upah adalah dari Kitab Allah.” (HR Bukhari, no. 5405)

Melalui dalil ini, Imam Nawawi menegaskan bahawa perbuatan mengambil upah dari ruqyah dengan ayat Al-Quran adalah dibolehkan. Tidak makrul dan tidak pula menjadi kesalahan.”

Ulama bersetuju bahawa ia adalah sama dengan aktiviti mengajar Al-Quran. Perkara itu tidak dilarang. (Syarah Shahîh Muslim 14/188)

Kesimpulan

Melihat kepada pandangan yang dikemukakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan mengambil upah mengajar Al-Quran adalah dibolehkan.

Ia terutamanya bagi menampung kos-kos yang berkaitan seperti masa, usaha, tenaga, pengangkutan dan sebagainya.

Jika guru tersebut tidak meletakkan upah sekali pun, sebagai seseorang yang menuntut ilmu darinya, hargailah jasa mereka dengan menunjukkan semangat yang jitu dalam proses menuntut ilmu serta berilah upah sekadar mampu.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan via tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel