≡ Menu

Hukum Membela Binatang Dalam Sangkar

Hukum Membela Binatang Dalam Sangkar

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan: Ustaz, apakah hukum memelihara binatang peliharaan didalam sangkar atau kurungan yang mana membataskan pergerakkanya, Rantai dikaki Dan Leher Serta, menafikan hak berpasangan?

Jawapan:

Harus kita bela burung di dalam sangkar. Boleh hukumnya memelihara haiwan dalam kurungan seperti ikan, burung, arnab, hamster, dsbnya, asalkan ia dijaga dgn baik dan dijaga makan minumnya…bahkan ia suatu industri yg besar di dunia.

Dalil umum: Firman Allah SWT :

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

وَالأَنْعَامَ خَلَقَهَا لَكُمْ فِيهَا دِفْءٌ وَمَنَافِعُ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ

Maksudnya,”Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfa’at, dan sebahagiannya kamu makan.”(Surah an-Nahl ayat 5)

Jadi, Allah ciptakan hewan ternak untuk pelbagai kegunaan termasuk utk hiburan dan suka-suka kerana suaranya yg merdu (burung) dan kecantikan.

Dalil hadis: Anas meriwayatkan adiknya bernama Abu Umair yang membela seekor burung nughair, setiap kali nabi menziarahi keluarga Anas, baginda akan bertanya Abu Umair mengenai burungnya itu.” (Hadis Sahih Riwayat al-Bukhori no 6203.)
Membela burung diharuskan di dalam islam yang penting beri makan dan minum dengan cukupnya dan jangan menyeksanya.Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadis ini di dalam Fath al-Bari berkata:

“Hadis ini telah dijadikan dalil atas keharusan mengurung burung (memeliharanya di dalam sangkar), kerana Nabi SAW tidak mengingkari perbuatan Abu Umair.”

Berdasarkan hadis di atas ini bahawa memelihara binatang di dalam sangkar adalah harus kerana memelihara binatang ini adalah sebagai perhiasa di rumah atau hobi seseorang. Islam adalah agama yang sukakan kecantikan, Allah juga sukakan perkara yang cantik. Allah jadikan binatang dan tumbuh-tumbuhan adalah untuk dimanfaatkan oleh manusia, seperti menjadi rezeki kepada manusia, dijadikan perhiasan dan sebagainya. Allah SWT berfirman yang bermaksud :

BACA:  Kekalkah Orang Islam Dalam Neraka Sebab Menyokong Orang Kafir?

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?”(Surah Al-Araf ayat 32)

“Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan”(Surah Al-Nahl ayat 8)

Jelas di sini, bahawa Allah menjadikan sebahagian binatang untuk dimanfaatkan oleh manusia, seperti menjadikan sebagai tunggangan, sumber rezeki dan perhiasa kepada manusia. Tidak menjadi masalah kepada manusia mengambil binatang untuk dipelihara sebagai perhiasan dan hobi. Tetapi perlu diingatkan, jangan menzalimi binatang peliharaan dengan tidak memberi makan, menyiksa dan sebagainya. Menjadi dosa bagi manusia yang memelihara untuk melakukan kezaliman kepada binatang peliharaannya. Hal ini dapat dirujuk kepada pandangan Syaikh bin Baaz sebagai berikut:

“Tidak masalah dengan hal itu bila pemiliknya menyediakan keperluan burung-burungnya, seperti makanan dan air. Karena, berdasarkan hukum asal, diperbolehkan. Sementara itu tidak ada dalil yang menunjukkan penentangan terhadap kaidah ini, berdasarkan atas apa yang kami ketahui. Wallahu’alam.” (Fatawa Islamiyah 4/449).

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel