≡ Menu

Hukum Jual Beli Baja Daripada Najis Haiwan

Hukum Jual Beli Baja Daripada Najis Haiwan

Baja daripada najis haiwan dipanggil juga baja organik kaya dengan kandungan nutrien untuk kesuburan tanaman. Jika kita hidup ratusan tahun dahulu, mungkin kita tidak pernah terfikir bahawa najis haiwan suatu masa nanti akan dijadikan barang yang diniagakan dan mempunyai nilai.

Bagaimanakah Islam memandang perkara ini?

Pada asalnya hukum jual beli najis di sisi Mazhab Syafie adalah haram dan tidak sah. Hal ini kerana, ia adalah suatu yang kotor.

Menurut Mazhab Syafie, syarat barang yang dijual agar sesuatu akad itu menjadi sah ialah barang tersebut mestilah:

1. Suci dan bersih
2. Mendatangkan manfaat
3. Mampu diserahkan
4. Dimiliki oleh penjual

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Keempat-empat syarat ini boleh dirujuk dalam Kitab Al-Taqrirat al-Sadidah Qim al-Muamalat.

Imam Nawawi juga memberikan keterangan berikut:

“Menjual najis haiwan yang boleh dimakan dan selainnya, serta najis burung adalah batil, dan hasil penjualannya adalah haram, dan inilah adalah mazhab kami (ulama Syafi’eyah)”

Walau bagaimanapun, mengambil kira keperluan bekalan makanan manusia yang semakin meningkat, para ulama Syafi’eyyah lain telah memberikan alternatif dan jalan keluar kepada permasalahan tersebut.

Aqad yang dipanggil naql al-yad (menukar pemilikan) boleh diguna pakai dan penukaran wang dibolehkan pada perkara-perkara najis. Bermakna, orang yang memiliki dan mempunyai baja haiwan tersebut boleh melepaskan pemilikannya kepada orang lain apabila adanya permintaan, lalu ia boleh diniagakan.

Tambahan lagi, ulama Mazhab lain contohnya Mazhab Hanifah juga ada yang menilai bahawa baja daripada najis haiwan adalah halal dan akad tersebut sah. Menurut Imam Nawawi, mereka berpandangan begitu kerana najis haiwan boleh dimanfaatkan, maka jual beli dibolehkan seperti barang-barang yang lain. Walau bagaimanapun, menjual beli baja daripada najis haiwan yang diharamkan dalam Islam seperti khinzir dan anjing tetap tidak dibolehkan. Wallahua’lam.

BACA:  Hukum Makan Telur Padi

Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel