≡ Menu

Hukum Guna Barang yang Dijumpai & Jual Beli Tanpa Izin

HUKUM GUNA BARANG YANG DIJUMPAI & JUAL BELI TANPA IZIN

SOALAN :

Soalan saya kalau kita jumpa barang orang yang jatuh atau tercicir adakah bolih kita gunakan sebab tidak ada di situ tuan barang untuk kita pulangkan semula kepadanya?

Jika seorang hendak beli barang di sebuah kedai tetapi penjualnya tidak ada. Setelah menunggu lama penjual di kedai yang bersebelahan kedai yang hendak dibeli itu datang dan tolong jualkan barang itu. Soalan saya adakah sah jual beli itu?

JAWAPAN :

HUKUM GUNAKAN HARTA YANG DIJUMPAI

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dalam kitab-kitab fiqah harta orang yang jatuh atau tercicir atau tertinggal dijalanan atau umpamanya disebut Luqtah dan disebut juga sebagai barang temuan.

Siapa yang menemui harta orang lain yang terjatuh hendaklah dia iklankan penemuan harta tersebut selama setahun.

Maka jika datang tuannya maka hendaklah diserahkan harta tersebut kepadanya dan jika setelah setahun masih tidak dijumpai tuannya nescaya haruslah dia gunakan harta tersebut atau membelanjakannya.

Oleh kerana itu haram menggunakan harta orang yang dijumpai sebelum sampai setahun mengiklankannya.

Tersebut pada Kitab Mukhtasar Bughah At-Talib :

وَاسْتِعْمَالُ اللُّقَطَةِ قَبْلَ التَّعْرِيفِ بِشُرُوطِهِ. الشَّرْحُ أَنَّ مِنْ مَعَاصِي الْبَدَنِ اسْتِعْمَالَ اللُّقَطَةِ وَهِيَ مَا ضَاعَ مِنْ مَالِكِهِ بِسُقُوطٍ أَوْ غَفْلَةٍ أَوْ نَحْوِ ذَلِكَ فِي نَحْوِ الشَّارِعِ كَالْمَسْجِدِ وَالْبَحْرِ مِمَّا لا يُعْرَفُ مَالِكُهُ قَبْلَ أَنْ يَتَمَلَّكَهَا بِشَرْطِهِ وَهُوَ أَنْ يُعَرِّفَهَا سَنَةً بِنِيَّةِ تَمَلُّكِهَا إِنْ لَمْ يَظْهَرْ صَاحِبُهَا فَإِذَا عَرَّفَهَا سَنَةً حَلَّ لَهُ أَنْ يَتَمَلَّكَهَا فَيَتَصَرَّفَ فِيهَا بِنِيَّةِ أَنْ يَغْرَمَ لِصَاحِبِهَا إِذَا ظَهَرَ. مُخْتَصَرِ بُغْيَةِ الطَّالِبِ

BACA:  Hukum Terima Organ Daripada Penderma Bukan Islam

Artinya : “Dan menggunakan harta temuan sebelum mengiklankannya dengan segala syaratnya. Sungguhnya setengah daripada maksiat tangan itu ialah menggunakan harta temuan yaitu harta yang hilang dari pemiliknya dengan sebab terjatuh atau terlupa atau umpamanya seperti di masjid atau di laut dari barang yang tidak dikenali akan pemiliknya sebelum dari dia milikinya dengan syaratnya dan bermula syaratnya itu ialah mengiklankannya selama setahun dengan niat memiliknya apabila tidak jumpa tuannya. Maka apabila dia telah iklankan selama setahun nescaya halal baginya memiliknya maka dia bolih gunakannya dengan niat menyerahkan kepada pemiliknya jika datang ia.”

Maksudnya sebelum mengiklankan harta yang ditemui itu selama setahun nescaya haram dia menggunakannya dan ia adalah termasuk maksiat tangan.

JUAL BELI TANPA IZIN TUAN

Berkenaan soalan kedua adalah disyaratkan bagi sahnya jual beli suatu barangan itu ada izin dari pemiliknya.

Maka siapa yang melakukan jual beli akan suatu barangan sedangkan pemilik barang tidak ada memberi izin atau mewakilkannya nescaya jual beli tersebut adalah tidak sah.

Berkata Imam Nawawi :

بيع الفضولي باطل

Artinya: “Jual beli fudhuli (yakni barang milik orang lain) adalah tidak sah.” (Kitab Minhaj At-Talibin)

Dan berkata Syeikh Al-Khalil :

من باع ما لا يملك بغير إذن المالك فبيعه غير صحيح

Artinya : “Siapa yang menjual harta yang bukan dia miliki dengan ketiadaan izin pemiliknya maka jual beli itu tidak sah.” (Kitab Fatawa Al-Khalil ala Al-Mazhab As-Syafie)

KESIMPULAN

Apabila menemui harta orang terjatuh di jalanan umpamanya maka jika diambilnya nescaya wajib dia iklankan selama setahun supaya datang menuntutnya olih pemiliknya.

Jika tiada datang tuannya setelah berlalu masa setahun maka harus dia gunakan harta tersebut atau membelanjakannya tetapi hendaklah dia tandakan akan nilai barang itu supaya mudah dia ganti andainya datang tuannya kemudian daripada itu.

BACA:  Boleh Ke Bayaran Fidyah Digantikan Dalam Bentuk Wang?

Jika diktakdirkan suatu hari datang tuannya maka wajib dikembalikan juga harta tersebut kepadanya walau pun sudah bertahun-tahun.

Jika dia tidak dapat menjalankan tanggung jawab mengiklankannya hendaklah dia serahkan kepada pihak yang bolih menguruskannya.

Haram menggunakan harta tersebut sebelum sampai masa setahun mengiklankannya.

Haram berniat mengambil harta orang yang dijumpai tercicir.

Tidak sah jual beli harta milik orang lain sekali pun milik ibu bapanya atau adik beradiknya melainkan pemiliknya ada memberi izin.

wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel