Hidangan daging Kobe antara hidangan enak yang mesti anda cuba jika menjejak kaki ke Osaka. Mungkin ia agak sukar didapati di restoran lain, namun di kafe ini anda boleh mencubanya.
Selain hidangan daging Kobe, anda juga boleh mencuba hidangan pencuci mulut yang sangat menarik untuk dicuba. Restoran ini sering menjadi tempat bagi pertemuan kumpulan Muslimah tiga kali dalam sebulan kerana suasana restoran yang begitu selesa serta hidangan halal yang enak disediakan oleh restoran ini.
Restoran ini menyediakan hidangan tengahari mulai jam 11.30 pagi hingga 4.00 petang dan hidangan makan malam mulai jam 6.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari.
Alamat: 1 Chome-10-17 Nishishinsaibashi, Chūō-ku, Ōsaka-shi, Ōsaka-fu 542-0086, Jepun
Sumber: Saji.my