New York, 8 Jan – Harga minyak naik semalam selepas Iran menyerang dua pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Iraq.
Serangan itu menyebabkan harga minyak mentah AS meningkat lebih 4% kepada AS$65.48 setong pada petang semalam berbanding AS$62.70 sebelumnya.
Menurut CNN, Pentagon mendakwa Iran menggunakan peluru berpandu balistik ke atas pangkalan tentera Amerika di Iraq.
Serangan itu dipercayai merupakan tindak balas terhadap pembunuhan Qasem Soleimani, komander Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dalam serangan udara AS Jumaat lalu.
Trump sebelum ini bersumpah untuk menyerang Iran jika negara itu bertindak balas atas serangan AS manakala Iran menawarkan AS$80 juta untuk kepala presiden Amerika itu.
Peningkatan harga minyak boleh memberi kesan buruk yang dahsyat kepada ekonomi dunia yang sedang bergelut dengan aktiviti pengilangan yang lemah.
Sumber: siakapkeli.my