≡ Menu

Harga Mencecah RM240 Sekilogram, Idea Jana Income Dengan Tumbuhan Wolffia

Harga Mencecah RM240 Sekilogram, Idea Jana Income Dengan Tumbuhan Wolffia

Suri rumah usahakan rumpai Wolffia bantu jana pendapatan keluarga

KANGAR, 10 Mac – Siapa sangka, bermula dengan membeli tumbuhan akuatik Azolla untuk dijadikan makanan pada ikan peliharaan, seorang suri rumah menemui benih Wolffia, iaitu sejenis rumpai terkecil di dunia yang kini diusahakannya bagi menjana pendapatan sampingan keluarga.

Diani Iqlema Mohd Radzi, 31, (gambar bawah) berkata jika dilihat dengan mata kasar, rumpai Wolffia tidak mempunyai akar dan tidak berdaun dengan ukuran yang sangat kecil berdiameter 0.01 milimeter sahaja dan bentuknya pula seakan-akan bintik tepung jagung yang mengambang di atas permukaan air.

“Rumpai Wolffia dahulunya tiada harga namun kini nilainya mampu mencecah sehingga RM240 sekilogram dan RM12 bagi 50 gram.

“Berat benih induk rumpai Wolffia yang ditemui bersama Azolla itu cuma sekitar 100 gram sahaja, jadi saya terfikir untuk membiakkannya setelah mengetahui rumpai ini sangat jarang ditemui dan ia mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kolam ternakannya di Kampung Behor Gonchar di sini hari ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Diani Iqlema berkata dia memulakan pembenihan rumpai Wolffia yang pertama di Perlis itu dengan membiakkannya di dalam sebuah kolam takungan fiber bersaiz sederhana yang direka suaminya.

Kini beliau sudah pun memiliki sembilan buah tangki fiber rumpai Wolffia, yang dibiakkan di dua tempat berasingan selain di halaman rumahnya.

Diani Iqlema berkata bermodalkan kurang daripada RM300, beliau kini mampu menjana income kira-kira RM2,000 sebulan dengan memasarkan rumpai berkenaan, bergantung kepada permintaan.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, selain menerima pelanggan setempat, beliau turut menjual secara online iaitu menerusi platform e-dagang Shopee.

BACA:  Gunung Berapi Temerloh Akan Meletus Balik? dan Rahsia Emas Akhir Zaman...

Katanya, beliau tidak menyangka tumbuhan itu mendapat permintaan yang tinggi bagi penggemar ikan hiasan seperti ikan laga dan ikan gupi yang menjadi trend masa ini, sehingga tidak dapat menampung permintaan dan perlu mengambil prapesanan.

“Ramai pelanggan dalam talian (Shopee) khususnya yang memilih Wolffia sebagai makanan semula jadi ikan kerana menurut mereka Wolffia mempunyai kadar protein yang sesuai untuk anak-anak ikan membesar dengan cepat selain sifatnya yang tidak mengeruhkan air,” ujarnya – BERNAMA

 

Sumber: rentas.asia 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel