VERMIKOMPOS ( BAJA ORGANIK CACING)
Vermikompos adalah kompos yang diperoleh dari hasil pereputan bahan-bahan organik (sisa tanaman) yang dimakan dan di cerna oleh cacing tanah. Vermikompos merupakan campuran kotoran cacing tanah (casting) dengan sisa media . Oleh kerana itu, vermikompos merupakan baja organik yang mesra alam dan memiliki kelebihan tersendiri dibandingkan dengan kompos lain yang kita kenal selama ini.
Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman seperti sayur-sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahania merupakan baja organik yang mesra alam.
Fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Ertinya 1 kg vermikompos bersamaan 3 kg baja kimia.
Dalam proses pembuatan baja, diperlukan sisa kotoran lembu atau kerbau. Kemudian cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja, cacing mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi warna kehitaman.
Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian dikeringkan. Baja yang sebenarnya adalah kotoran cacing yang berbentuk butiran, berserat dan berwarna kehitaman.
Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur dan subur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.
Vermikompos
Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yang mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dan lain2.
Aplikasi vermikompos dalam tanaman: untuk sayur dedaun guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks)# untuk sayur berbuah jangka panjang guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks). Kemudian 100g/m persegi (apply thereafter bi-monthly as carrier fertilizer)
Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos: kurang pembajakan antara musim, kurang masalah perosak, pertambahan pengeluaran hasil, mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama).
Selain itu penggunaan baja vermikompos dapat penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memuhikan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien. Biasanya harga pukal baja vermikompos sekitar RM2.50/kg.
Sumber: rentas.asia