≡ Menu

Halal Larb Gai – Salad Ayam Pedas Thai

Halal Larb Gai - Salad Ayam Pedas Thai

Salad Salad Ayam Pedas Thai (Halal Larb Gai) menyegarkan, sesuai bagi yang menjaga badan. Sangat sesuai dimakan begitu sahaja atau dengan nasi panas!

Bahan-bahan Salad Ayam Pedas Thai (Halal Larb Gai):

  • 500 gram dada ayam yang telah dicincang.
  • 1 sudu besar beras pulut yang disangai dan ditumbuk kasar.
  • 3 sudu besar daun ketumbar yang dicincang halus.
  • 2 daun bawang yang potong halus.
  • 2 sudu besar bawang merah yang dicincang halus.
  • 3 sudu besar daun pudina yang dicincang halus.
  • 1/2 sudu teh serbuk cili cayenne.
  • 2 sudu besar perahan limau nipis.
  • 1 1/2 sudu besar sos ikan.
  • 1 sudu teh bawang putih dan cilir hidup yang dikisar.
  • sedikit salad dak kobis.
  • daun ketumbar untuk hiasan.
Halal Larb Gai

Cara Masak Salad Ayam Pedas Thai (Halal Larb Gai):

  1. Panaskan kuali di atas api sederhana, minyak tidak diperlukan.
  2. Masukkan ayam, kacau sehingga dimasak.
  3. Tutup api, keluarkan air yang berlebihan.
  4. Masukkan sos ikan dan perahan limau nipis.
  5. Gaul semua bersama-sama dengan daun ketumbar, daun bawang, bawang merah, daun pudina, serbuk cili cayenne, beras pulut yang disangai, dan lada hidup/bawang putih yang dikisar.
  6. Garam secukup rasa.
  7. Hidangkan bersama salad atau ko.
  8. bis yang dihiris nipis.
  9. Hiaskan dengan daun ketumbar.
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Gambar: Kitchen Simmer

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  ASB/ASN Haram - Jabatan Mufti Negeri Selangor