Baru baru ini, telah tular satu video yang memamparkan seorang pelancong asing yang sedang di berikan bantuan kecemasan.
Laporan awal menyatakan kejadian tersebut berpunca dari sengatan obor obor yang telah meragut nyawa pelancong malang tersebut.
Apakah langkah langkah rawatan awal yang boleh di lakukan sekiranya anda di sengat obor obor?
Benarkah kencing merupakan penawar bagi sengatan obor obor?
Obor obor merupakan haiwan yang tidak bertulang. Walau demikian, haiwan yang bergerak dengan penuh lemah gemalai ini jangan di pandang sebelah mata.
Silap langkah, sengatan haiwan marine ini mungkin menyebabkan alahan teruk serta kematian.
Bagus untuk anda mengetahui langkah langkah awal rawatan sengatan obor obor berikut sebagai panduan semasa kecemasan.
Sebagai kaedah perlindungan dari pemangsa, kulit obor obor mengandungi sejenis sel yang berbisa dan di kenali sebagai cnidocytes.
Sel-sel khusus ini mempunyai organel yang dipanggil nematosist yang mengandungi racun. Cnidocytes tersebar di sepanjang keseluruhan tentakel ubur-ubur.
Bisa dari sengatan obor obor ini adalah sangat beralkali, oleh itu ia perlu di neutralkan dengan larutan berasid seperti cuka.
Bisa sengatan obor akan merangsang saraf dan menyebabkan gejala seperti:
- Sakit
- Kebas
- Panas
- Gatal
- Kemerahan
- Blister
Mengaru bahagian kulit yang terkena sengatan akan menyebabkan gejala menjadi semakin teruk. Ia akan mengaktifkan nemitocytes untuk mengeluarkan lebih banyak racun.
Bolehkah Sengatan Obor Obor menyebabkan kematian?
Sengatan Obor obor jarang menyebabkan kematian melainkan sengatan dari jenis jenis yang tertentu seperti “box jelly fish”.
Kebanyakan gejala akan memuncak dalam tempoh 5 minit dan tidak akan berterusan lebih dari 24 jam.
Langkah Langkah Jika Anda Di Sengat Obor Obor
Telefon panggilan kecemasan atau bawa ke hospital dengan kadar segera sekirannya;
- Terdapat tanda tanda alahan teruk
- Sengatan dari obor obor spesis “box jellyfish” – berbentuk cube
- Sengatan lebih dari separuh bahagian lengan atau kaki
Keluar dari air lait dengan tenang dan berhati hati.
Bilas sengatan dengan cuka selama sekurang-kurangnya 30 saat. Untuk keberkesanan maksimum, campurkan cuka dengan sedikit air panas. Campuran ini adalah rawatan pertolongan pertama yang paling berkesan untuk pelbagai jenis ubur-ubur. Pastikan air tidak terlalu panas sehingga menyebabkan kulit anda melecur.
Berhati-hati semasa mengikis apa sahaja baki tentakel yang masih gerdapat di permukaan kulit. Selepas membilas sengatan itu, keluarkan sisa sengatan dengan menggunakan “twizzer”.
Jangan cuba menggosok tentakel dengan kain atau tuala, kerana ini akan menyebabkan sel-sel yang terkena sekatan cedera lebih teruk. Semakin banyak anda bergerak ketika anda cuba menghilangkan tentakel obor obor , semakin banyak racun akan dikeluarkan.
Ambil ubat unatan tahan sakit untuk mengurangkan gejala kesakitan.
Jangan cuba merawat sengatan obor obor dengan air kencing. Idea bahawa air kencing adalah rawatan yang baik untuk sengatan ubur-ubur mungkin berasal mitos lama. Tidak perlu kencing pada sengatan obor-obor anda!
Jangan bilas menggunakan alkohol atau coca cola. Antara mitos popular bagi sengatan obor obor adalah menuang alkohol atau coca cola. Ia sebenarnya boleh menyebabkan nematocysts mengeluarkan lebih banyak racun, yang membawa kepada pengalaman yang lebih menyakitkan.
Mitos rawatan kecemasan sengatan obor obor
Selain dari cuka, terdapat pelbagai petua dan saranan yang kurang tepat.
Antaranya adalah:
- Air Kencing
- Balut/ bandage dengan ketat
- Baking soda
- Alkohol
- Menggosok dengan tuala
✅ Bilas sengatan dengan cuka selama sekurang-kurangnya 30 saat. Untuk keberkesanan maksimum, campurkan cuka dengan sedikit air panas. Campuran ini adalah rawatan pertolongan pertama yang paling berkesan untuk pelbagai jenis ubur-ubur. Pastikan air tidak terlalu panas sehingga menyebabkan kulit anda melecur.
✅ Berhati-hati semasa mengikis apa sahaja baki tentakel yang masih gerdapat di permukaan kulit. Selepas membilas sengatan itu, keluarkan sisa sengatan dengan menggunakan “twizzer”.
✅ Jangan cuba menggosok tentakel dengan kain atau tuala, kerana ini akan menyebabkan sel-sel yang terkena sekatan cedera lebih teruk. Semakin banyak anda bergerak ketika anda cuba menghilangkan tentakel obor obor , semakin banyak racun akan dikeluarkan.
✅ Sekiranya anda mengalami kejutan, pastikan seseorang telah memanggil perkhidmatan kecemasan dan cuba menenangkan diri anda sebanyak mungkin.
⛔ Jangan cuba merawat sengatan obor obor dengan air kencing. Idea bahawa air kencing adalah rawatan yang baik untuk sengatan ubur-ubur mungkin berasal mitos lama. Tidak perlu kencing pada sengatan obor-obor anda!
⛔Antara mitos popular bagi sengatan obor obor adalah menuang alkohol atau coca cola. Ia sebenarnya boleh menyebabkan nematocysts mengeluarkan lebih banyak racun, yang membawa kepada pengalaman yang lebih menyakitkan.
⛔Buang apa-apa bahan yang telah tercemar seperti objek yang anda gunakan untuk mengikis tentakel atau pakaian yang mungkin mempunyai tentakel di atasnya.
Telefon panggilan kecemasan atau bawa ke hospital dengan kadar segera sekirannya;
- Terdapat tanda tanda alahan teruk
- Sengatan dari obor obor spesis “box jellyfish” – berbentuk cube
- Sengatan lebih dari separuh bahagian lengan atau kaki
Kongsi informasi ini sekiranya bermanfaat.
Malang tidak berbau. Tindakan awal anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa!