≡ Menu

COVID-19 TERKINI: Dukacita Dimaklumkan Jumlah Kematian Di Negara Kita Setakat Ini Ialah 14 Orang

COVID-19 TERKINI: Dukacita Dimaklumkan Jumlah Kematian Di Negara Kita Setakat Ini Ialah 14 Orang

TERKINI: Dukacita dimaklumkan jumlah kematian akibat #COVIDー19 di negara kita setakat ini ialah 14 orang.

Salam takziah daripada KKM kepada keluarga mereka.

Kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1114 berumur 70 tahun
lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di
Hospital Kluang. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac
2020.

Kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1006 berumur 49 tahun
lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan anak kepada
kes ke-1031 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Beliau
disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Kes kematian ke-14 merupakan kes ke-595 berumur 51 tahun
perempuan warganegara Malaysia. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri. Beliau disahkan meninggal dunia pada
23 Mac 2020.

 

Sumber: Covid 19 Malaysia Update

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Isu Uyghur: Seruan Solat Hajat, Qunut Nazilah